05 December 2011

Jambatan


Jambatan atas rel keretapi lama Teluk Anson - Tapah Road melintasi Sg. Bidor, Teluk Intan, Perak
[klik untuk pembesaran imej]


Jambatan melintasi Sg. Batang Padang, Degong, Perak
[Klik untuk pembesaran imej]


Jambatan
[Dari kata terbitan: jambat] Bersinonim dengan perkataan titi, sirat, keretek, limban, pelimban dan penghubung / Titi besar yg dibina merentangi sungai dan lain lain untuk lalulintas kenderaan dan manusia. 

Bridge (English)
A structure carrying a road, path, railroad, or canal across a river, ravine, road, railroad or other obstacle / A structure spanning and providing passage over a gap or barrier, such as a river or roadway

Pantun:
Hendak berjalan jambatan panjang,
Orang bertukang jambatan roboh,
Adik berdoa umur panjang,
Selagi hayat kita berjodoh.

Peribahasa:
Menyeberangi jambatan emas - B'juang untuk mencapai kebahagian bagi nusa & bangsa


 

8 comments:

  1. saya suka je amik gambo jambatan. kdg tu rasa cam nak dok tgh jalan amik gambo. tapi bahaya la pulak...huh~

    amik gambo rel ketapi pun saya suka!

    ReplyDelete
  2. meh nak nyanyi cket...

    jambatan sudah roboh...sudah roboh..sudah roboh...
    hehehee....

    ReplyDelete
  3. gadisBunga: wahhh, itu termasuk jambatan yang baru kah ? Kalau Wakjan, paling suka jambatan lama/antik dan juga jambatan baru yang berekabentuk unik. memang bahaya, tapi boleh dibuat jika berhati2. nak lagi bagus, suruh kawan tengokkan/jaga keadaan trafik ahakssss ...

    ReplyDelete
  4. CiKPuaNLawA: alamak, lagu tu untuk penduduk/pengunjung kotaraya London je hahaha ... "London bridge is falling down, falling down, falling down ..."

    ReplyDelete
  5. Lepas ni jambatan mana plak wak jan?

    ReplyDelete
  6. @AieSha: hehehe ... kita tunggu sahaja jambatan di episod seterusnya ( :

    ReplyDelete
  7. minta tolong...

    http://travelog-aiesha.blogspot.com/2011/12/kaji-selidik-tentang-corak-pengembara.html

    ReplyDelete

Laman "4KU, B451K4L D4N 535U47U" mengalu-alukan kesudian anda memberikan komentar / pandangan / kritikan dsbnya. 'Word verification' telah dimansuhkan, namun 'comment moderation' diteruskan dengan niat agar penulis tidak terlepas pandang dan dapat membalas setiap komentar yang diberikan. Terima kasih ( :