05 January 2012

Lotong Kelabu


Seekor lotong kelabu yang tidak takutkan manusia di Bukit Melawati, Kuala Selangor.
[klik untuk pembesaran imej]

Lotong Kelabu
Sejenis kera yang berekor panjang. Lotong Kelabu ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Semenanjung Malaysia, Sumatera, Indonesia dan Borneo. 

Ciri-ciri
Warna keseluruhan bulu badannya adalah kelabu gelap dengan hujung- hujung bulunya berwarna kelabu perak. Bulu di kepalanya mempunyai jambul da mukanya berwarna kelabu gelap. Bagi yang dewasa, berat dianggarkan sekitar 4 kilogram.

Taburan
Lotong kelabu boleh ditemui di pantai barat semenanjung Malaysia. Di semenanjung, tempat yang sesuai untuk memerhati spesis ini adalah di kawasan sekitar Kuala Selangor.

Habitat
Ia mendiami kawasan pesisiran pantai terutama di kawasan paya bakau. Kadangkala spesis ini juga ditemui di tepi-tepi sungai besar.

Tabiat
Lotong kelabu biasanya bergerak di dalam kumpulan lebih daripada 10 ekor untuk mecari  makanan. Diet utamanya adalah pucuk-pucuk, buah-buahan, bunga dan daun-daun dari pelbagai  jenis tumbuhan. Spesis ini adalah daripada jenis arboreal. Musim mengawan adalah sepanjang tahun dan seekor anak akan dilahiran pada setiap kali kelahiran.

Status:
Akta 76/72: Diperlindungi
CITES: Appendik II

Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Mamalia
Order: Primat
Keluarga: Cercopithecidae
Genus: Trachypithecus
Spesis: T. Cristatus

Nama binomial
Trachypithecus cristatus 

Puisi Melayu 
Kulitlah ketam dipanggang lotong, 
Panggang di dapur tinggal tulang;
Nasibku badan tidak beruntung,
Ayam ditambat disambar helang. 

Peribahasa Melayu 
"Seperti lotong meniti kayu"
Bermaksud: 
Tidak menghiraukan keadaan di sekelilingnya


12 comments:

  1. hehe, macam kenal je mamat topi tu..

    Ini pantun 2 kerat saya:
    Anak buaya makan pengat,
    Orang bertopi tu macam ingat,

    keh keh, wak Jan kan?

    ReplyDelete
  2. @acid mustafa: kenal ke ? wahhh, bagus, bagus tu ... orait, ini pantun balasan dari saya

    pergi pekan, singgah kedai bundle;
    itulah dia Wak Bundle

    hehehehe ...

    ReplyDelete
  3. wakjan! nak pantun jugakkkk!!
    "duduk bersandar di dinding batu, lotongnya yg mana satuuuu??" hahahaa..jgn mareeeee...

    ReplyDelete
  4. bila pakcik pegi sana....baru semalam saya kesana...nape tak jumpe...

    ReplyDelete
  5. oitt... oittt.... yg bertopi tu la cik abang saya, yg tak berbaju tu la si lotongnya! ahahahaha....

    ReplyDelete
  6. @redtrekker: Alamak, nak berpantun juga kah ? ok, saya beli pantun itu ...

    sarapan pagi secangkir kopi;
    badan berbulu, tidak bertopi ...

    @Ija Zahri:
    hahahaha ... aduhaiiii ...

    ReplyDelete
  7. @CiKPuaNLawA: beberapa minggu sebelum cuti Krismas. Masa datang tu dekat Maghrib dah ...

    ReplyDelete
  8. Mak kelabu
    Anak dia oren..
    Comel...

    ReplyDelete
  9. DrSinga: Kannnn ... sangat takjub saya dgn kebesaran Ilahi ... tapi anaknya memang saya geram pun, oren macam anak kucing rasa nak geget2 aje hahaha ...

    ReplyDelete
  10. suka dengan persembahan blog anda.. nice pic.. mohon keizinan sbg sumber rujukan asgmt saya ye tuan..

    ReplyDelete
  11. suka dengan persembahan blog anda.. nice pic.. mohon keizinan sbg sumber rujukan asgmt saya ye tuan..

    ReplyDelete
  12. Unknown: Terima kasih atas minat anda. Saya tiada masalah dengan permintaan itu. Mohon beri kritikan atas segala kelemahan dalam blog ini agar saya dapat pertingkatkan persembahan/isi kandungannya. terima kasih ye ...

    ReplyDelete

Laman "4KU, B451K4L D4N 535U47U" mengalu-alukan kesudian anda memberikan komentar / pandangan / kritikan dsbnya. 'Word verification' telah dimansuhkan, namun 'comment moderation' diteruskan dengan niat agar penulis tidak terlepas pandang dan dapat membalas setiap komentar yang diberikan. Terima kasih ( :