06 June 2012

11,111.1


[Klik untuk pembesaran imej]

Catatan odometer basikal touring saya telah mencapai angka 11,111.1 kilometer sebaik sahaja tiba di Sungai Manggis ketika dalam perjalanan pulang dari Banting ke Shah Alam pada 23hb Mei 2012 lepas.

Seorang rakan kembara dan aktiviti outdoor, encik Azrai (klik sini untuk laman blognya) pernah bertanyakan tentang jumlah jarak kayuhan saya apabila kami bersua di Kayuhan Genting sempena Karnival Hari Belia baru - baru ini. Apabila diberitahu tentang angka ini, ujarnya jarak 13 ribu kilometer adalah bersamaan dengan mengelilingi Eropah !

Izinkan saya mengolah kata pujangga asal dari Lao Tzu yang berbunyi:
"A journey of a thousand miles must begin with a single step ..."


"Perjalanan 11,111.1 kilometer, mesti bermula dengan 1 kilometer yang pertama ..."

Doakan agar saya masih diberi peluang untuk melihat sendiri angka 12,345.6 / 22,222.2 / 33,333.3 dan kilometer seterusnya. Apa pun yang pasti, rakan goblok blogger saya, cik 'Gadis Bunga' pasti suka akan sesuatu yang berkaitan dengan angka - angka. Tak percaya ? Hmmm, pergi tengoklah sendiri blog beliau ... 

6 comments:

  1. hahah. pakcik sebut nama saya eh??

    tapi, saya mmg suka pun nombor tuuuu! tu pasal terus klik blog pakcik dulu! :D

    ReplyDelete
  2. adakah saya pengomen ke-satu hari ini...??


    saya doakan..
    sebab saya pun dapat menafaat dari perjalanan kayuhan awak ituuuuu

    ReplyDelete
  3. menarik....semoga bro dapat ketemui nombor2 menarik berikutnya

    ReplyDelete
  4. @gadisbunga: Yup, ada tersedak kuat tak tadi ahaksss ...

    Memang dah tau pun, yang kamu tu suka nombor2 cantik selain bunga2an ( :

    ReplyDelete
  5. @DrSinga: Alamak, kak Lion pengomen no. 2 lah hari ni. Takpe, cuba lagi di lain entry hehehe ...

    Terima kasih atas doanya. Doakan saya selamat dari tak kena langgor mana2 pengguna jalanraya lain yang cuai dan tidak bertanggungjawab ekk ...

    Wahhhh, kiranya kayuhan saya ni macam situasi menang - menang lah untuk kita ekk hehehe ...

    ReplyDelete
  6. @Telor Power: Terima kasih atas doanya yek saudara ...

    ReplyDelete

Laman "4KU, B451K4L D4N 535U47U" mengalu-alukan kesudian anda memberikan komentar / pandangan / kritikan dsbnya. 'Word verification' telah dimansuhkan, namun 'comment moderation' diteruskan dengan niat agar penulis tidak terlepas pandang dan dapat membalas setiap komentar yang diberikan. Terima kasih ( :