14 May 2012

Pindah


[Klik untuk pembesaran imej]


Sewaktu geng KayuhBeb Cycling Club beroffroad di Hash Masjid Tanah pada 8hb April 2012 lalu, saya mengambil keputusan untuk berkayuh solo dari Masjid Tanah ke mana-mana lokasi. Lokasi yang mula-mula dirancang ialah ke kawasan perkampungan tepi pantai di jalan menghala Kuala Linggi. Tetapi laluan ini telah biasa dilalui, membuatkan saya menukar fikiran.

Dengan GPS yang dibawa, saya mengambil keputusan untuk ke bahagian timur dan tenggara Masjid Tanah. Dari sasaran awal cuma untuk ke Alor Gajah, ianya kemudian bertukar kepada Durian Tunggal dan sekali lagi bertukar ke Hutan Rekreasi Ayer Keroh. Jalan yang dilalui, kebanyakannya adalah laluan merebut "jersi raja bukit" atau senang cerita, laluan berbukit !

Saya menemukan papantanda kawasan ini di laluan jalan negeri M17, iaitu Jalan Alor Gajah Lama ketika berkayuh dari Alor Gajah menuju ke Durian Tunggal. Kenapakah kawasan ini dinamakan sedemikian ? Apakah sejarah disebalik nama ini ? Oopppsss, jangan ditanya semua soalan berkaitan ini, tanyalah pada warga Melaka. Soalan saya cuma satu sahaja, "korang pindah ke mana ekk ?" ...

Pindah (transfer)
- Bertukar tempat (kediaman, kerja, dan lain lain. [Rujukan: DBP]
- Move (someone or something) from one place to another [Rujukan: Google]

Peribahasa Melayu:
"Orang pindah-pindahan, bertanam tak boleh dimakan ..."
Bermaksud: Pekerjaan yang tidak tetap, selalu mendatangkan kerugian 

Bonus:
- Ada bacaan menarik di sini.
- Peta perjalanan saya boleh dirujuki di sini.

9 comments:

  1. Melaka pindah mana ..pakcik..?..

    ReplyDelete
  2. CiKPuaNLawA: Entahlah ... ce tanye ce tanye orang Melaka ( :

    ReplyDelete
  3. menarik cuba bro selidik dan kupaskan isu ini....cewah

    ReplyDelete
  4. Telor Power: Aduiii ... kena jadi ahli penyelidik lah kalau camtu ...

    ReplyDelete
  5. saya dah gugel..
    tak ada lah jumpa asal usul nama uni..
    :(

    ReplyDelete
  6. DrSinga: Hmmm, itulah sejarah lama hilang begitu sahaja ... Ada klik di laman saya tak yang berikan dalil2 mengenai kewujudan tempat di Melaka Pindah pada zaman Portugis dahulu ?

    ReplyDelete

Laman "4KU, B451K4L D4N 535U47U" mengalu-alukan kesudian anda memberikan komentar / pandangan / kritikan dsbnya. 'Word verification' telah dimansuhkan, namun 'comment moderation' diteruskan dengan niat agar penulis tidak terlepas pandang dan dapat membalas setiap komentar yang diberikan. Terima kasih ( :