11 October 2012

Lusuh


[Klik untuk pembesaran imej]

Mungkin bagi sesetengah pihak, barangan terpakai lebih-lebih lagi bersifat 'sekali guna' (disposable) akan dibuang begitu sahaja. Namun bagi segelintir individu, barangan lusuh itulah yang menjadi punca pendapatan mereka, untuk diri sendiri dan jangan terkejut andai pendapatan itulah yang digunakan bagi menyara anak isteri mereka.

Aktiviti kitar semula barangan lusuh (recycle) memang baik untuk kelestarian alam sekitar. Walaubagaimanapun, ia tetap ada pro dan kontranya. Industri barangan lusuh berasaskan bahan logam sedikit sebanyak dikatakan menyumbang kepada gejala negatif seperti mencuri kabel, penutup besi longkang, besi papantanda dan pelbagai barangan lain.

Info gambar:
Pemandangan salah sebuah lorong belakang di pekan Banting, Selangor.

Lusuh
Menurut sumber dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), perkataan lusuh membawa maksud renyuk, kumal, pudar, rosak, usang dan luntur.

Nota ingatan kasih:
Penghargaan tidak terhingga pada individu yang sudi klik pada iklan dalam laman ini ( : 

6 comments:

  1. kotak - kotak tu lako kot jual. Selalu cari kotak sebab nak buat kotak cantik-cantik (balut dengan wrap paper) sebagai tempat letak bedak.haha

    ReplyDelete
  2. @chemistry student: Wahhh, mesti lawa kan tempat letak bedak tu. Silap2, dipasangkan dengan kain renda2 kan hehehe ...

    ReplyDelete
  3. untung besar sebenarnya hanya perlu bermodalkan tenaga dan tabah sahaja.




    ReplyDelete
  4. @Telor Power: Dan kena ada 'muka tak malu' sedikit sebanyak ...

    ReplyDelete

Laman "4KU, B451K4L D4N 535U47U" mengalu-alukan kesudian anda memberikan komentar / pandangan / kritikan dsbnya. 'Word verification' telah dimansuhkan, namun 'comment moderation' diteruskan dengan niat agar penulis tidak terlepas pandang dan dapat membalas setiap komentar yang diberikan. Terima kasih ( :