* Translation *

27 August 2012

Tiada rotan akar pun berguna


[Klik untuk pembesaran imej]


Tiada rotan akar pun berguna bermaksud jikalau tidak ada benda yang lebih baik, terpaksa menggunakan apa sahaja sebagai pengganti.

Nota kaki:
Oleh kerana basikalnya tidak dilengkapi rack dan kuantiti kerepek yang dibeli dari Sungai Lang, Banting tidak dapat dimasukkan ke dalam beg galas. Maka rakan kayuhan saya terpaksa menggalas plastik berisi kerepek tersebut di bahunya dengan begitu saya. Ringkas dan mudah, bukan ?

15 August 2012

Kegembiraan



[Klik untuk pembesaran imej]


Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud: "Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan. Pertama, ketika dia berbuka dan kedua, dapat bertemu Allah di akhirat nanti." - (Riwayat At-Tirmizi)

Salam Ramadhan 1433H !

Nota kaki:
Gambar ini diambil pada hari Rabu, 19 Ramadhan 1433H bersamaan 8hb Ogos 2012 ketika sessi "Iftar Berbasikal @ Taman Tasik Shah Alam" bersama encik Azman Zainal. Kredit kepada beliau untuk gambar ini.
 

13 August 2012

Meditasi



[Klik untuk pembesaran imej]

Meditasi
Menurut laman Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) meditasi bermaksud perbuatan duduk dan sebagainya dengan menumpukan sepenuh fikiran (emosi) ter­hadap sesuatu dengan mendalam, perbuatan ber­tafakur atau diam memikirkan sesuatu dengan mendalam.

Nota kaki:
Gambar ini diambil pada hari Rabu, 19 Ramadhan 1433H bersamaan 8hb Ogos 2012 ketika sessi "Iftar Berbasikal @ Taman Tasik Shah Alam" bersama encik Azman Zainal. Kredit kepada beliau untuk gambar ini.

07 August 2012

Seindah sakura



[Klik untuk pembesaran imej]


Ohhh, tajuk entry kali ini macam tajuk drama bersiri jam 7.00 malam setiap petang Isnin hingga Khamis yang pernah saya tonton 'ter'tonton sampai habis pula ye ... Hihihi ...

Imej ini pernah saya muatnaikkan di laman sosial Facebook dan menerima jumlah Like terbanyak iaitu melebihi angka 100. Tidak diketahui, kenapa begitu ramai kenalan Facebook menyukai imej ini. Musykil, musykil ...

Sejujurnya, saya tidak mengetahui nama spesis pokok bunga ini dan cuma memanggilnya sakura sahaja memandangkan apabila berbunga lebat ianya jika dilihat dari jarak jauh seolah-olah pokok sakura yang sangat sinonim dengan negara Jepun. Mungkin cik Gadis Bunga dengan kepandaiannya boleh menolong saya menginfokan namanya ?
 

02 August 2012

Replika



Replika helikopter dan kapalterbang menghiasi laman sebuah rumah [Klik untuk pembesaran imej]

Mengikut rujukan dari DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka), perkataan 'replika' bermaksud model sesuatu objek, seperti bangunan, jentera, catan dan lain-lain yang hampir sama atau betul-betul menyerupai objek yg asli. Ianya boleh jadi pada saiz asal atau mengalami pengecilan mengikut skala tertentu.

Replika helikopter dan kapalterbang ini ditemui di hadapan sebuah rumah yang terletak di Jalan Kapar ketika kami melakukan kembara berbasikal pada Februari 2012 lalu. Terdapat tiga unit keseluruhannya, dua unit kapal terbang dan seunit helikopter.


Pemandangan ketiga-tiga replika pesawat udara. [Klik untuk pembesaran imej]

Mengikut pembuat replika ini yang mana tidak ingati namanya, terdapat beberapa individu pernah membuat tempahan model kenderaan udara ini dengan beliau. Ianya dijual mulai dari harga serendah RM300 sehingga ke RM1,000 mengikut saiz dan ketelitian binaannya.


Muzammil (kiri) bersama pakcik pembuat replika sedang membicarakan tentang pembuatan replika pesawat udara. [Klik untuk pembesaran imej]