* Translation *

13 July 2011

Kayuhan Bersebab: Untuk adik Ibrahim ...

 

Untuk adik Ibrahim ... 

Kayuhan bersebab (ride for a cause) yang bertujuan untuk mengutip derma kilat bagi membantu seorang pesakit kanser bernama adik Ibrahim. Banner kecil yang dipegang oleh abang Sam (seperti dalam gambar di atas) pada tujuan asalnya untuk ditandatangan oleh semua peserta Putrajaya Critical Mass (PCM) dan kemudian akan diletakkan di katil adik Ibrahim sebagai penguat semangat untuk beliau. Malangnya, beliau telah pergi terlebih dahulu dijemput Tuhan Yang Maha Kuasa pada jam 9.30 pagi 14hb Julai 2010. 

Dari entry PCM bertarikh 31hb Jul 2010: Kami telah mengumpul RM 648 pada malam tadi & 90 pengayuh telah mengayuh dalam Kayuhan untuk Ibrahim ini. PCM telah mengambil keputusan untuk memberikan 50% dari kutipan derma kepada ibubapa Ibrahim dan selebihnya untuk mana - mana  kanak - kanak yang menghidap penyakit kanser. Pakcik Allen Lai (bapa May Senn) & Kash akan bertanggungjawab dalam menguruskan hal ini.

Info gambar:
Berada di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya ketika menghadiri Putrajaya Critical Mass - Ride for Ibrahim pada 30.07.2010 yang lalu.

2 comments:

Ibu Ya @ Aspen said...

Aspen ada cucu sedara cancer stage 3....sedih

Azizan Zolkipli said...

Ibu Ya @Aspen: Saya turut bersimpati dgn akak ):