* Translation *

22 June 2012

Kereta lama


[Klik untuk pembesaran imej]

Tarikh: 23hb Mei 2012, Rabu.
Lokasi: Jalan Sultan Alam Shah, Banting, Selangor.

Selepas singgah di sebuah kedai perabot basikal untuk membeli kunci basikal (bicycle lock) dan pam tangan (hand pump) kiriman seorang rakan kayuhan baru dari Putrajaya, pada deretan kedai yang sama kami ternampak sebuah kereta lama model Morris Minor.

Sedang saya berfotografi pada beberapa sudut di bahagian hadapan kereta, tiba-tiba keluar seorang nyonya dari kedai berhampiran kereta ini diletakkan lalu terjadilah dialog yang berikut:

Nyonya: "Hello, apa you bikin ?"
Saya: "Ambik gambar sajelah aunty, ini kereta cantik ooo ... Manyak lama punya ... Lagi boleh jalan kah ?"
Nyonya: "Ini kereta lagi boleh jalan ooo ..."

Lalu nyonya tersebut meninggalkan saya yang sedikit terpinga-pinga, kerana kereta ini seolah sudah lama tidak berganjak dari lokasi tersebut.

OK, kita tutup bab tu dan beralih kepada perkongsian info. Menurut Wikipedia, terdapat beberapa kategori kereta lama yang dikelaskan mengikut umur kereta dan peredaran zaman. Mengikut istilah oleh Classic Car Club of America, pengelasannya ialah kereta klasik yang ditakrifkan sebagai kereta berumur di antara 20 ke 40 tahun,  kereta antik untuk kereta berumur lebih 45 tahun dan kereta vintej (vintage) pula bagi kereta yang dibina bermula tahun 1919 dan berakhir pada tahun 1930, dalam tempoh masa yang digelarkan 'era vintej' (vintage era).

Walaupun begitu, terdapat percanggahan pendapat bagi kereta vintej kerana pihak British berpendapat yang era vintej berakhir pada tahun 1930 manakala pihak Amerika Syarikat lebih memilih tahun 1925.

Susah - susah sangat nak memahami dan mengelaskan kereta antik atau klasik atau vintej. Sebut kereta lama aje sudah ! Senang cerita ( :


Azizan Zolkipli,
Shah Alam,
Khamis, 21hb Jun 2012

4 comments:

gadisBunga™ said...

saya teringin nak beli sebijik volkswagen beetle. kalau ada yg auto alangkah bestnyer. hihihi~

Azizan Zolkipli said...

@gadisBunga: Walaweiiii, perkataan gadisBunga telah di'trademark' kan lah !! Pakcik ingat baru nak rembat untuk bagi nama kedai florist nanti hehehehe ...

ada rezeki, sambarlah sebiji VW Beetle. Tapi model yang lama, takdelah gear auto rasanya, kan ...

http://oldcarnewsoul.wordpress.com/ said...

salam,
Tumpang lalu.
Kalausesiapa berminat dgn kereta lama, ada sebijik kereta Mini Clubman nak jual ...
http://oldcarnewsoul.wordpress.com/

Azizan Zolkipli said...

@oldcarnewsoul: Wahhh, ini sudah bagus ! Ada rezeki kalau saya mahu cari kereta lama, boleh cari kamu ni ...