* Translation *

08 October 2012

Che' Din



[Klik untuk pembesaran imej]


Jika Che' Det merupakan nama timbangan kepada mantan perdana menteri Malaysia kita Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad. Che' Din pula merupakan nama timbangan kepada rakan kayuhan saya, encik Khairuddin Mohd Noor.

Walaupun masih baru dalam arena berbasikal, namun semangat dan kegigihannya saya sangat kagumi. Menggunakan basikal lama yang diperbaiki semula, beliau kali pertama mengikuti saya berkayuh di Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam atau kini dikenali sebagai Taman Botani Negara Shah Alam (TNBSA).

Bagi permulaannya, saya terus membawa beliau menaiki Jalan Bukit Sapu Tangan, satu laluan pendek yang peratusan kecuramannya agak tinggi. Tercungap-cungap dibuatnya, kesian juga saya pada beliau.

Walaubagaimanapun, hasil dari latihan giat buat kali pertama ini membuatkan kayuhan jarak jauh beliau yang pertama iaitu dari Kuala Kubu ke Bukit Fraser menjadi mudah, bak kata "alah bisa, tegal biasa ...".

Moga maju dan lebih maju dalam arena berbasikal, Che Din !

Nota ingatan kasih:
Penghargaan tidak terhingga pada individu yang sudi klik pada iklan dalam laman ini ( : 
 

4 comments:

gadisBunga™ said...

entry kayuhan ke bukit fraser lah yang buat saya kagum dengan pakcik, lantas jadik follower, dan jadik kawan. ngeeee~

Telor Power said...

next target kalau boleh la....nak dtg ke situ pula.

signboard tu nice...apa maknanya?
adakah kawasan burung enggang disitu bro?

Azizan Zolkipli said...

@gadisBunga: Ohhh, gitu ceritanya. Terima kasih GB kerana masih setia ke hari ini dan dalam diam2 add Wakjan dalam FB *ngeeee ...

@Telor Power:
Mai sini kalu, hang habaq mai lah. Kalau free boleh join hang gak ...

Tak pasti lah bro, signboard landak & rusa pun ada kat sana. Signboard suka2 agaknya hahaha...

Telor Power said...

baik.............