Soalan yang korang akan tanya, tidak lain tidak bukan ialah, "kat mana ni" ? OK, ini bukan gambar terkini sebaliknya cuma memori 'campak belakang', throwback kata omputih. Untuk info, gambar ini diambil pada bulan Jun 2015 (11 Ramadhan 1436 H !!) ketika ada tugasan syarikat saya bekerja di republik Singapura. Orang kata, dah alang-alang kesana tu rugi pula jika tidak membawa bersama sekali basikal untuk mengembara.
Upper Seletar Reservoir (bahasa Melayu: Takungan Air Hulu Seletar) ini merupakan salah satu dari komponen Kawasan Takungan Tengah (Central Water Catchment). Dua lagi kawasan yang berada dalam kawasan takungan tengah ialah MacRitchie Reservoir dan Peirce Reservoir.
Upper Seletar Reservoir sebelum ini dikenali sebagai Seletar Reservoir, sebelum siapnya Lower Seletar Reservoir berhampiran Nee Soon, yang dibentuk oleh pengempangan air sungai Seletar pada tahun 1986. Seletar Reservoir dibina untuk memenuhi lonjakan permintaan bekalan air selepas Perang Dunia I. Dibina dikala D. J. Murnane masih seorang jurutera air perbandaran (Municipal Water Engineer). Kerja-kerja pembinaan telah diselia oleh timbalan Murnane, F. G. Hill. Ia siap dibina pada tahun 1940 dan dibuka secara rasmi pada 10 Ogos 1969 oleh HRH Princess Alexandra.
Dah, tutup bab sejarah pembinaan takungan air ini, bagi saya peluang untuk bercerita pengalaman sendiri pula. Mengikut cerita abang Musa, rakan kayuhan dari Singapura yang menjadi jurupandu arah kami pada hari itu, menara yang terdapat di sini pada satu ketika dulu pernah menjadi ikon bagi penduduk republik itu untuk bergambar kenangan. Mereka akan datang pada cuti hujung minggu untuk berkelah dan bersantai bersama-sama keluarga di taman ini. Saya juga tidak ketinggalan mengambil peluang untuk menaiki menara itu hingga ke aras tertinggi bagi meninjau kawasan sekeliling.
Berbalik pada gambar di atas, pokok yang menghiasi tepi tasik itu memang menjadi tumpuan jurufoto bagi mengambil gambar pasangan pengantin. Ketika kami tiba pada pagi Ahad itu, telah terdapat dua pasangan pengantin bersama jurufoto masing-masing, menunggu giliran untuk merakamkan gambar kenangan berlatarbelakangkan pokok itu. Ketika satu pasangan sedang dirakamkan gambar mereka di tepi tasik, saya membawa basikal lalu menyandarkannya di pokok tersebut. Berharap selepas tamat sessi fotografi tersebut mereka akan melalui pada sudut yang saya nantikan.
Penantian selama beberapa minit saya membuahkan hasil ! Yeahhhh ...
Nota:
(1) Penghargaan dan ucapan terima kasih kami kepada rakan-rakan kayuhan di republik Singapura yang sanggup menanti dan melayan kunjungan kami bertiga semasa di sana. Semoga ukhwah kita akan berpanjangan insyaAllah ...
(2) Tulisan berwarna biru boleh diklik untuk bacaan lanjut.
(3) Klik pada gambar untuk pembesaran imej
Sumber rujukan:
(1) https://www.nparks.gov.sg/gardens-parks-and-nature/parks-and-nature-reserves/upper-seletar-reservoir-park
(2) https://en.wikipedia.org/wiki/Upper_Seletar_Reservoir
(3) https://en.wikipedia.org/wiki/Central_Catchment_Nature_Reserve
(4) https://en.wikipedia.org/wiki/Princess_Alexandra,_The_Honourable_Lady_Ogilvy
Gambar-gambar lampiran:
Menara yang suatu ketika dulu pernah menjadi ikon bagi penduduk republik Singapura |
Melihat pasangan pengantin dirakamkan gambar mereka, pandangan dari puncak menara |
Abang Naz & kak Zai menunggu dengan sabar di bawah ketika saya di puncak menara |
2 comments:
gambo last paling cun!!!
@gadisBunga Makasih duhai Along !
Post a Comment