* Translation *

24 September 2012

Jejawi


[Klik untuk pembesaran imej]

Pokok jejawi; unik, menarik, cantik, tapi sayang. Imejnya selalu dikaitkan dengan unsur-unsur mistik. Di dalam filem mahupun drama, ianya selalu digambarkan sebagai tempat makhlus-makhlus bertenggek.

Akibatnya, pokok secantik ini digelarkan sebagai 'pokok berhantu' baik oleh kanak-kanak, mahupun golongan dewasa. Kesian ...

Gambar di atas diambil di kawasan berhampiran Taman Rekreasi Pantai Morib, Selangor sempena kayuhan di cuti Hari Pekerja pada 1hb Mei 2012 lalu.

Pokok jejawi [info dari Wikipedia]

Pokok Ara Jejawi atau Jejawi (genus Ficus, subgenus Urostigma) adalah subgenus kebanyakan spesies pokok ara tropika dengan sifat pertumbuhan yang pelik. Ia adalah pokok besar yang mula tumbuh sebagai biji benih yang tumbuh di atas pokok lain (atau binaan seperti bangunan atau jambatan), dimana burung yang makan benih ara meninggalkan biji benihnya. Akarnya melilit turun dari batang pokok host, mencari tanah di bawah.

Apabila ia mencecah tanah, akar pokok ara dengan cepat membesar dan mempulur. Di mana akar ara melintas sesama sendiri, ia bercantum, membentuk jaringan di sekeliling pokok host. Pokok Ara bersaing dengan pokok host bagi mendapatkan cahaya, air dan galian, sementara akarnya menghalang pokok host membesar. Akhirnya pokok host mati dan reput, meninggalkan pokok Ara berdiri tegak seperti pokok yang lain, tetapi dengan batang berjalin dan bukannya batang padu.

Satu lagi ciri-ciri luar biasa bagi Jejawi adalah keupayannya menghasilkan akar udara (adventitious) dari dahannya. Ciri-ciri menghasilkan akar udara membenarkan sebatang pokok untuk melitupi kawasan yang luas. Sebagaimana ahli lain dalam genus ini (yang termasuk ara boleh dimakan biasa Ficus carica), Jejawi memiliki buah unik dan proses ini dibantu oleh serangga. 

Nota kasih:
Penghargaan tidak terhingga pada individu yang sudi klik pada iklan dalam laman ini ( :

6 comments:

SuzieLAWAti said...

selamat pagi pakcik...

saya pon ade amek gambo pokok nih....
lokasi yang sama yee..

Azizan Zolkipli said...

@CiKPuaNLawA: Selamat pagi cik Puan ! Ohhh, ada juga bergambar kat situ ? Nak tengok, nak tengok !

Dr Singa said...

saya memang oercaya ada hantu...
dulu-dulu lah..
kecik-kecik..

Azizan Zolkipli said...

@Dr Singa: Euwww, takut momok hehehe ... Ajaran dari zaman kecik2 untuk takut pada kegelapan menjadikan manusia jadi penakut. Nasiblah mak saya tidak mengajar sedemikian pada saya dan adik beradik, menjadikan kami jenis tak takut hantu/kegelapan ...

Mak Wardah said...

Azizan, baru aku tahu rupa pokok jejawi...kalau malam akak tak akan pergi kekwsn jejawi..kecut perut

Azizan Zolkipli said...

@Mak Wardah: Orait, maklum. Apa nak ditakutkan kat pokok jejawi tu, mana ada hantu daaa ...