* Translation *

12 November 2012

Bot penambang



[Klik untuk pembesaran imej]


Pada anggaran saya, ia mungkin berasal dari gabungan perkataan bot penumpang yang dikenakan tambang. Ooppss, maaf andainya saya hentam keromo akan maksud sebenarnya. Bot penambang adalah salah satu sistem pengangkutan air pada jarak dekat, biasanya untuk menghubungkan lokasi yang dipisahkan oleh sungai ataupun laut.

Antaranya ciri-ciri yang menjadikan bot penambang unik antara satu sama lain ialah dari segi lokasi ianya beroperasi, kelebaran sungai atau laut yang dilalui, jenis bot; saiz besar atau kecil; didayung atau ditenagakan oleh enjin, membawa penumpang semata-mata ataupun berkemampuan membawa kenderaan lain seperti motorsikal dan basikal, berbumbung atau jenis terdedah; harga tambang, khidmat pengurusan samada secara persendirian ataupun syarikat, dan waktu beroperasi samada mempunyai waktu tetap ataupun jenis masa bebas.

Tempat bagi bot penambang berlabuh membawa penumpang naik turun dipanggil sebagai jeti. Terdapat dua jenis cara pembayaran, samada membayar secara terus kepada operator atau pengendali selepas menggunakan khidmat bot atau terdapat juga lokasi di mana terdapat pengurusan yang akan mengeluarkan tiket dan tambang perlu dibayar sebelum menaikinya.

Info gambar:
Khidmat bot penambang bagi membawa penduduk sekitar Kampung Bukit Pelandok, Negeri Sembilan dan Sungai Pelek, Selangor bagi melintasi Sungai Sepang Besar tanpa perlu melalui jalan darat yang jaraknya lebih jauh. Gambar diambil ketika berkembara basikal secara duo pada 18hb Julai 2012 lalu.

* Penghargaan tidak terhingga pada individu yang sudi klik pada iklan dalam laman ini ( :

4 comments:

Telor Power said...

lama tak naik dulu masa pi jalan kat kuching bot penambang tu mmg best plus ada lagu tempatan dimainkan


sempoi habis

Azizan Zolkipli said...

@Telor Power: Ehhh, tak perlu ke Sarawak. Di semenanjung ni pun boleh menggunakan bot penambang juga. Cuma tak glemer & femes macam di Sarawak punyalah ...

gadisBunga™ said...

saya naik bot masa ke taman negara dulu. tapi diorng tak panggil bot penambang rasanya. heheheh~

Azizan Zolkipli said...

gadisBunga: itu dipanggil bot penumpang kan hehehe ...