[Klik untuk pembesaran imej] |
Port
Dickson yang terletak di Negeri Sembilan, merupakan salah satu lokasi peranginan
terkenal di pantai barat semenanjung Malaysia.
Selain Port
Dickson yang dikenali dengan singkatan panggilan sebagai PD, pantai yang turut
terkenal di barat semenanjung iaitu Telok Kemang yang juga terletak di Negeri
Sembilan; Pengkalan Balak, Tanjung Bidara dan Pantai Puteri di Melaka,
Teluk Batik dan Teluk Senangin di Perak selain Batu Feringgi dan Teluk Bahang
yang terletak di Pulau Pinang.
Pantai
Batu 4 Port Dickson atau kini dinamai sebagai Pantai Saujana, menjadi pilihan
saya untuk berkhemah setiap kali berkembara basikal menuju ke selatan tanahair
atau sebaliknya. Selain lokasi yang mempunyai pemandangan menarik, kemudahan
seperti tapak perkhemahan yang tidak dikenakan bayaran, berhampiran tandas awam
dan bilik mandi, surau dan tandas yang terdapat di stesyen minyak berhampiran,
juga terletak dekat dengan lokasi pasar malam dan kedai makan.
Info
gambar:
Panorama
matahari terbenam di pantai Batu 4 Port Dickson, ketika saya berbasikal kembara
solo dari Melaka ke Shah Alam pada 25hb Jun 2012 lalu.
* Penghargaan tidak terhingga pada individu yang sudi klik pada iklan dalam laman ini ( :
3 comments:
salam tuan.
menarik sekali info ni, jika tuan ingin berkayuh ke Timur pula sila hubungi saya.
pakcikkkk... asal saya nak pegi je tempat tu...mesti pakcik yg dah sampai dulu....
ini tidak adilllll...... uhhh
@abu muaz: InsyaAllah tuan, akan saya hubungi jika ingin kembara berbasikal ke sana nanti ...
@CiKPuaNLawA: Aduhhh, janganlah marahkan Pakcik. Pakcik 'ter'pergi aje hehehe ...
Post a Comment