[Klik untuk pembesaran imej] |
Sauh
Alat yang berkait dan
berat, yang dilabuhkan ke dalam air supaya perahu, kapal dan lain-lain tidak
hanyut. Bersinonim dengan
jangkar atau anjar. [Rujukan: DBP]
Puisi Melayu:
Datuk Kelana pergi
menangguk,
Tersangkut tangguk di
sauh kapal;
Saya umpama orang
mengantuk,
Apatah lagi disorong
bantal.
Info gambar:
Replika sauh yang terdapat berhampiran bangunan Kelab
Pelayaran Batu Laut, Banting, Selangor. Foto diambil ketika melakukan kayuhan duo ke
Bagan Lalang pada 10hb Jun 2012 lalu.
* Penghargaan tidak terhingga pada individu yang sudi klik pada iklan dalam laman ini ( :
2 comments:
mengapakah saya tidak terjumpa sauh itu tempohari......
@Dr Singa: Terleka dengan lautan kot, sampai terlepas pandang akan sauh tersebut. Takpun, akak ke Batu Laut yang lain hehehe ...
Post a Comment