* Translation *

28 February 2011

OKU = orang kuat usaha


OKU = orang kuat usaha, bukan orang kurang upaya

Kurang upaya langsung tidak menghalang semangat beliau untuk berkayuh bersama - sama mereka yang sempurna anggotanya. Saya sungguh mengagumi semangatnya ...

Info gambar:
Salah seorang peserta Jom Kayuh anjuran PRADAS dan Persatuan Penduduk Blok 6 Desa Mentari untuk kayuhan Putrajaya - Melaka pada 09.05.2009




Harmoni bersama ...


Bangunan lama dan arus kemodenan, harmoni bersama ...

Info gambar: Lokasi berhampiran Menara Condong Teluk Intan, bertarikh 11.04.2009

'Telor' besar sahaja ...


'Telor' besar sahaja ...

Teringat aku pada kata - kata seorang pemuda berbangsa Cina yang ditemui semasa berkayuh di trail offroad Bukit Kiara. "Orang 'telor besar' saje boleh main ini downhill. Orang 'telor kecik' atau 'takde telor' tak boleh main ini downhill " hahahaha ...

Info gambar: Peserta melakukan lompatan terakhir sebelum tiba di garisan penamat; Bukit Cermin Downhill Challenge, 08.03.2009

Yang lama, dilupa jangan ...


Yang lama, dilupa jangan. Tiada yang lama, tiadalah yang baru ...

Info gambar: Taman Tasik Shah Alam, 09.03.2009

Condong ...


Biar condong ibarat pohon nyiur melambai, bertapak kukuh di satu pihak. Jangan jadi seperti lalang, kejap ke kiri kejap ke kanan mengikut angin bertiup ...

Info gambar: Berhampiran pantai di apartment KWSP Port Dickson. Sinaran keemasan limpahan suria pagi pada program kayuhan kL - PD - kL pada 13 - 15hb Feb 2009. Juga bersempena harilahir ke 31 tahun pada 13hb Feb.

MTB is dangerous ...


Warning: Mountain biking is dangerous !!

Info gambar: Kesakitan yang dialami pada seorang basikalis akibat gagal mendarat dengan sempurna selepas mengambil satu loncatan di Taman Cabaran Putrajaya. Bertarikh 07.02.2009

Kami bukan gila ...


Kami bukan gila, tapi kami 'gila - gila' ...

Info gambar: Berlatarbelakangkan Kompleks JPM Putrajaya, selesai menyertai Cycle Fest pada 07.02.2009

Sayang basikal, simpan - simpankan ...


Sayang isteri, tinggal - tinggalkan. Sayang anak, tangan - tangankan. Sayang basikal, simpan - simpankan ...

Nota: Basikal disimpan dalam bilik semasa menginap di Pangkor Rimba Resort, Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Acara 'berbasikal solo Sabak Bernam - Pulau Pangkor - Sabak Bernam' pada 22 - 23hb Nov 2008 ini turut diiringi adik bongsu aku

Rakan kayuhan awal ...


Rakan kayuhan awal ...

Inilah geng kayuhan di awal penglibatan. Sekarang ni ? Lagi ramai sahabat kayuhan yang sama - sama menemani ....

Nota: Berbasikal bersama adik, Azlan, di hadapan kediaman kami di MARDI Sungai Baging.

Tiga, Empat dan Dua ...


Tiga, Empat dan Dua ...
Dari basikal tiga roda, ke empat roda dan terus beroda dua sehingga ke hari ini ...

Info gambar
Gambar dari hasil petikan lensa abahku, diambil di kuarters MARDI Sungai Baging. Masa ini berusia dalam lingkungan lima ke enam tahun. Basikal kedua yang dimiliki sepanjang hayat ...



Sekali berkayuh, selamanya berkayuh ...


Sekali berkayuh, selamanya berkayuh ...
[Ehh, udah macam slogan Pengakap lah pula hihihi ...]

Andai masih dikurniakan lanjutan umur, kesihatan dan kelapangan waktu, insyaAllah akan meneruskan kayuhan sehingga ke akhir hayat ... 

Info gambar
Diambil oleh Abahku semasa kami menetap di kuarters MARDI Sungai Baging, berhampiran Cherating, tapi masih dalam daerah Kuantan, Pahang Darul Makmur. Berusia sekitar empat ke lima tahun semasa gambar ini diambil. Basikal yang pertama dimiliki untuk sepanjang hayat sejak dilahirkan ke dunia ...