* Translation *

02 September 2013

Corvette 'Pari' (Sting Ray)


[Klik untuk pembesaran imej]

Kayuhan santai solo hujung minggu saya menemukan dengan sebuah kereta yang amat sukar dilihat di atas jalanraya negara kita. Bentuknya yang seakan mirip pandangan hadapan seekor ikan pari, bersesuaian dengan nama modelnya.

Walaupun hanya tersadai di parkir sebuah bengkel membaiki kereta, namun jika dilihat pada kilauan catnya pasti kita akan menggagak yang kereta ini istimewa bagi pemiliknya. Terbiar sepi pun sudah berkilat semacam ini, apatahlagi jika berada di laman rumah pemilik bertuahnya ...

Klik sini untuk bacaan lanjut mengenai kereta ini.

29 July 2013

Mural


[Klik untuk pembesaran imej]


Mural
Lukisan atau gambar yang besar pada dinding ATAU dinding atau lelangit bangunan yang dihiasi dengan lukisan cat.
[Sumber rujukan: DBP]

Mural ini terletak di sebuah pangsapuri Seksyen 24 Shah Alam, tidak jauh dari kediaman saya. Sebenarnya telah lama saya perhatikannya, tetapi entah mengapa hanya sekarang baru terlintas di hati untuk melihatnya secara jarak dekat. Mural ini dibuat sempena pertandingan melukis hiasan dinding anjuran PKNS. Ianya dikekalkan untuk menjadi kenangan bagi para penduduk serta mengingatkan mereka tentang kepentingan menjaga hak bersama.

Nota kaki:
Penulis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan pada individu yang sudi klik pada ruangan iklan di sisi kanan artikel ini. Terima kasih ( :

22 July 2013

Ford Mustang


[Klik untuk pembesaran imej]

Buat pertama kalinya dalam sejarah hidup, aku dapat bersua dengan sebuah 'kereta otot' (hahaha: gelak besar) atau dalam bahasa Inggerisnya 'muscle car' dari jenama Ford model Mustang. Aku pasti ramai yang termimpi untuk memandunya, apatahlagi memiliki kereta yang menjadi kegilaan kerana pernah ditampilkan dalam beberapa buah filem aksi kereta.

Tapi sayang kerana tidak semua berpeluang untuk melihat sendiri kereta ini di atas jalanraya negara kita, kerana ianya amat sukar untuk didapati. Jika ada pun, pada pertunjukan kereta (autoshow) mahupun perhimpunan kereta klasik dan vintaj (vintage).

Aku antara insan bertuah, kerana dalam jangkamasa sebulan dapat melihat tiga buah kereta Ford Mustang ini di jalanan. Kereta di atas ku temui di Jalan Dato' Mohd Sidin, Klang ketika berkayuh menghala ke arah Stesyen Penjana Jambatan Connaught (Connaught Bridge Power Station).

Nota kaki:
Penulis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan pada individu yang sudi klik pada ruangan iklan di sisi kanan artikel ini. Terima kasih ( :

01 July 2013

Replika



[Klik untuk pembesaran imej]


Replika
Model sesuatu objek seperti bangunan, jentera atau lain-lain yang hampir atau betul-betul menyerupai objek yang asli.

Rujukan: Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP]

Nota:
Replika sebuah basikal yang dibeli oleh seorang rakan sebagai cenderahati buat dirinya ketika berkayuh di Danau Toba.

24 June 2013

Khemah



[Klik untuk pembesaran imej]


Khemah
Pondok sementara (seperti yang didirikan oleh pengakap, pengembara dan lain-lain) yang dibuat dari kain tebal ATAU tempat berteduh yang biasanya dibuat dari kanvas yang disokong oleh tiang dan tali yang diikatkan pada pancang. Dalam bahasa Inggeris bermaksud tent atau camp.

Rujukan: Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP]

Nota
Khemah yang didirikan oleh penggiat aktiviti rekreasi di kawasan Gunung Brinchang, Cameron Highlands, Pahang. Perjalanan kayuhan saya di Cameron Highlands boleh dilihat di sini.

17 June 2013

Tokong



[Klik untuk pembesaran imej]


Tokong
Sama erti dengan perkataan rumah berhala, kuil, biara atau pura. Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai temple atau shrine.

Rujukan: Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP]

Nota:
Rumah ibadat ini bernama Tokong Cheng Hoon Teng. Saya melawat ke sini pada pagi Isnin 25hb Jun 2012 yang lalu sewaktu berkembara basikal solo di Melaka. Ia terletak di Jalan Tokong, yang juga dikenali sebagai Harmony Street. Jalan Tokong, Jalan Tukang Emas dan Jalan Tukang Besi membentuk rangkaian Harmony Street. Ia digelar sebegitu kerana menggambarkan keharmonian antara bangsa utama di Malaysia, dan rumah ibadat pelbagai agama terletak hampir antara satu sama lain. Rumah ibadat yang lain ialah Masjid Kampung Kling dan Kuil Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi.

Gambar perjalanan kembara solo saya di Melaka boleh dilihat di sini, sini, sini, sini, sini, sini, sini, sini, dan sini.

10 June 2013

Tangga



[Klik untuk pembesaran imej]

Tangga
Tempat tumpuan kaki yang bertingkat-tingkat untuk naik turun rumah  ATAU  alat untuk tumpuan memanjat (takuk pada pokok, sigai, dan lain-lain) ATAU bahagi­an daripada sesuatu yang bertingkat-tingkat, pering­kat, skala, tingkatan.

Bersinonim dengan sigai: injak-injak, takuk, takik, tokek, tubang, jenjang, tangga gerak dan eskalator.

Stair
A set of steps leading from one floor of a building to another, typically inside the building OR
one of a flight or series of steps for going from one level to another, as in a building OR A series of steps (or flights of steps), connected by landings, that permit passage between two or more levels or floors. 
Synonym with step - rung - tread - degree - stairway - staircase

Sumber:
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Google, Dictionary.com & Answers.com

03 June 2013

UPM



[Klik untuk pembesaran imej]

UPM
Universiti Putra Malaysia atau dahulu dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia, telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti iaitu fakulti Pertanian, Perhutanan, Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan. Ia terus kekal sebagai sebuah universiti tradisional yang memberikan tumpuan terutama kepada pendidikan ijazah pertama, penyelidikan dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan.

Penubuhan UPM diasaskan oleh gabungan Kolej Pertanian Malaya dengan Fakulti Pertanian, Universiti Malaya. Dr. Mohd Rashdan Baba adalah Naib Canselor yang pertama. Sebelum itu, Dr. Moh Rashdan Baba merupakan Pengetua Kolej Pertanian Malaya dari tahun 1965 hingga 1969. Bermula 23 Julai 1973, UPM telah memulakan sesi akademiknya dengan pengambilan seramai 1,559 pelajar. Pelajar-pelajar tersebut memulakan pengajian di tiga buah fakulti pengasas, iaitu Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan, Fakulti Pertanian dan Fakulti Perhutanan. 

UPM telah mengeluarkan graduan pertamanya pada Majlis Konvokesyen pertamanya pada 30 Julai 1977. Pada awal tahun 1980-an, skop pengajian UPM telah dikembangkan dengan memperkenal bidang sains dan teknologi dalam bidang pengajian yang ditawarkan. Sebagai sebuah universiti yang dinamik dan sensintif kepada tuntutan semasa dan peningkatan pembangunan, UPM menambahkan bidang baru dalam program pengajian sperti sains sosial dan kesenian, teknologi maklumat dan perubatan sebagai persediaan untuk menjadi universiti abad ke-21.

Pada tahun 1994, UPM memulakan satu rancangan yang bercita-cita tinggi untuk membina Universiti Masa Hadapan yang menyediakan sistem-sistem penyampaian yang lebih baik dan terkini dalam pendidikan sains dan teknologi dengan memanfaatkan bidang teknologi maklumat (IT) yang sedang pesat berkembang. UPM telah bertukar dengan pesatnya menjadi kampus tanpa sempadan yang melampaui sempadan kebangsaan.

Kemuncak dari itu, berlakulah penukaran nama Universiti Pertanian Malaysia kepada Universiti Putra Malaysia pada 3 April 1997 oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad. la adalah merupakan satu langkah strategik untuk mencerminkan kedudukan UPM sebagai sebuah pusat pengajian tinggi yang berupaya menawarkan pelbagai program pengajian bagi menghadapi alaf baru pembangunan masa hadapan negara.

UPM merupakan salah sebuah daripada 5 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan. Lagu rasmi UPM ialah "Putra Gemilang".

Sejarah penubuhan

Penubuhan UPM mula dikesan sejak penubuhan Sekolah Pertanian pada 21 Mei 1931 yang memberi tumpuan dan penekanan kepada bidang pertanian di Tanah Melayu. John Scott, Pegawai Pentadbir Kerajaan negeri-negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi 'Ex-Officio' Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada masa itu, merupakan orang yang bertanggungjawab mengasaskan penubuhan Sekolah Pertanian yang berkeluasan 8.8 hektar di kawasan Serdang, Selangor. Sekolah ini bertujuan menyediakan pegawai-pegawai bagi Jabatan Pertanian telah beroperasi selama 10 tahun sehinggalah Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union telah mengisytiharkan bahawa Sekolah Pertanian tersebut dinaik taraf menjadi Kolej Pertanian Malaya pada 23 Jun 1947.

Bermula dengan naik taraf ini, kecermelangan kolej semakin mendapat perhatian sehingga timbul cadangan untuk menaikkan taraf kolej ini menjadi sebuah universiti. Namun, hasrat ini tertangguh berikutan meletusnya darurat pada pertengahan tahun 1948. Pada tahun 1960, Fakulti Pertanian Universiti Malaya telah ditubuhkan dan pada 1 Januari 1962 satu status telah diluluskan untuk menjadikan Majlis Kolej Pertanian Malaya sebagai satu pihak berkuasa Universiti Malaya.

Selaras dengan kepentingan sektor pertanian kepada ekonomi negara, peranan kolej ini adalah sangat penting. Justeru, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 7.9 juta bagi melaksanakan pembangunan dalam Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970). Peruntukan yang diterima digunakan bagi mempertingkatkan pengambilan pelajar, membina dewan kuliah, meluaskan kawasan bagi perkembangan kolej, menambah makmal sains serta menambah bilangan pegawainya.

Hasrat menubuhkan sebuah universiti pertanian yang menawarkan program pengajian di peringkat ijazah semakin cerah apabila hasrat tersebut diutarakan oleh Tun Abdul Razak Hussein, Timbalan Perdana Menteri semasa merasmikan bangunan tambahan Kolej Pertanian Malaya di Serdang pada 31 Mac 1969. Penubuhan Universiti Pertanian Malaysia ini akhirnya menjadi kenyataan dan telah diaktakan sebagai satu Perintah Perbadanan yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, dan disiarkan menerusi Warta Kerajaan P.U. (A) 387 pada 29 Oktober 1971.

Logo

Logo UPM yang ringkas melambangkan tradisi, falsafah dan visi baru universiti.

Asas logo terbina daripada bentuk perisai yang secara tradisinya melambangkan prinsip, kemantapan dan penjagaan martabat ilmu untuk kebahagiaan dan kesejahteraan sejagat.

Bentuk titisan air merupakan simbolik kepada komitmen universiti untuk memelihara alam sekitar. Air juga adalah sebagai asas kehidupan sebagaimana juga ilmu adalah sebagai asas untuk mencapai kemajuan manusia.

Garisan kecil di tengah melambangkan wawasan universiti yang sentiasa ke hadapan. Tiga garisan di kiri dan di kanan ialah simbol dahan yang melambangkan kepentingan pertanian dalam kelangsungan kehidupan dan kemakmuran manusia yang merupakan tumpuan dan kekuatan UPM. Tiga garisan itu juga membawa maksud tiga fungsi utama Universiti iaitu pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan.

Buku yang berada di sebelah atas melambangkan keunggulan Universiti sebagai gapura yang menjunjung, menjana dan meneroka ilmu untuk kebahagian dan kesejahteraan sejagat.

Warna merah melambangkan dinamisme kepada tradisi perjuangan ilmu dan juga semangat perintis, keberanian dan ketahanan menghadapi cabaran. Warna putih melambangkan keikhlasan dan ketelusan. Warna kelabu melambangkan keneutralan, keluwesan dan ketekalan.

Kombinasi warna merah, kelabu dan putih bermaksud keharmonian, kestabilan, keceriaan, kematangan dan dinamisme.

Konsep bentuk perisai ini diperkukuh lagi dengan huruf 'UPM' yang menjadi singkatan kepada Universiti Putra Malaysia.

Sumber rujukan dari Wikipedia

Nota: Perjalanan kayuhan saya ke UPM boleh dilihat di sini.

KL


[Klik untuk pembesaran imej]

KL
Disebut sebagai 'Kei El', ianya adalah singkatan dari perkataan 'Kuala Lumpur'. Menjadi kelaziman buat warga Malaysia menyebut KL bagi merujuk kepada metropolitan Kuala Lumpur. Baik yang tinggal di bandar, mahupun di desa boleh dikatakan semua memahami singkatan ini.

Tidak hanya digunakan oleh warga Malaysia, ianya kini turut digunapakai oleh warga luar negara yang bertugas, melancong mahupun belajar di Kuala Lumpur. Terfikir sejenak di minda, adakah bandaraya lain di seluruh dunia turut menggunakan singkatan untuk mewakili tempat mereka tinggal. Apakah ada yang memanggil BKK untuk Bangkok, ataupun SG untuk Singapura. Hanya yang dapat saya fikirkan ialah DC, bagi mewakili kota Washington DC. Itupun ianya tidak setepat ringkasan nama Kuala Lumpur disebut.

Gambar di atas diambil ketika penulis berkunjung ke Galeri Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan dengan Dataran Merdeka. Ketika itu, keluarga di dalam gambar ini sedang bergaya bagi diambil gambar mereka oleh sang ibu.

Nota:

Perjalanan kayuhan saya ke KL boleh dilihat di sini.
Penulis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan pada individu yang sudi klik pada ruangan iklan di sebelah tepi artikel ini. Terima kasih ( :

27 May 2013

Pelan = Perlahan


[Klik untuk pembesaran imej]

Pelan / Perlahan:
Tidak terburu­-buru / tidak tergesa-gesa / tidak cepat-cepat / lambat-lam­bat / tidak kuat (percakapan atau suara); lembut.
[Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)]

Gambar ini diambil ketika penulis dalam perjalanan 'berbasikal ke tempat kerja' menghala ke Kuala Lumpur melalui laluan sikal Lebuhraya Persekutuan, berhampiran susuk masuk Jalan Lapangan Terbang Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (LTSSAAS) 

Nota:
Penulis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan pada individu yang sudi klik pada ruangan iklan di sebelah tepi artikel ini. Terima kasih ( :
  













20 May 2013

Kaw. = Kawasan


[Klik untuk pembesaran imej]

Kawasan
Ia adalah kata nama yang maknanya bersinonim dengan perkataan seperti daerah / wilayah / mukim / kampung / bahagian / seksyen / jajahan / zon / medan / kampus / gelanggang / arena / pekarangan / parak dan juga halaman. [Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)]

Gambar ini diambil ketika penulis 'berbasikal ke tempat kerja' menggunakan laluan sikal menghala Kuala Lumpur di Lebuhraya Persekutuan, berhampiran susur keluar ke Jalan Lapangan Terbang Sultan Sallehhuddin Abdul Aziz Shah (Jalan LTSSAAS), di Subang.

Jika dibaca seimbas lalu, perkataan 'Kaw.' itu mungkin kelihatan sebagai kaw (disebut: kau), bahasa slanga yang bermaksud amat atau teruk. Ini mungkin bersesuaian dengan kawasan itu yang dilihat teruk dibanjiri lumpur ketika hujan lebat. [hihihi ... <gelak kecil>]

Nota:

Penulis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan pada individu yang sudi klik pada ruangan iklan di sebelah tepi artikel ini. Terima kasih ( :

13 May 2013

Khas


[Klik untuk pembesaran imej]

Khas
Istimewa untuk seseorang atau sesuatu / tidak umum / menjadi sesuatu yang bersifat khusus.
[Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)]

Gambar ini diambil di lobi sebuah bangunan jabatan kerajaan di Shah Alam, Selangor.

Nota:
Penulis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan pada individu yang sudi klik pada ruangan iklan di sebelah tepi artikel ini. Terima kasih ( :

06 May 2013

C.I.N.T.A. - Bahagian 2


[Klik untuk pembesaran imej]

Cinta
(Kesinambungan dari bahagian lalu, bacakan artikelnya di sini)

Gambar ini diambil di pintu masuk sebuah kondominium yang terletak di Jalan U Thant, Kuala Lumpur. Penghargaan khas untuk saudara Farred atas fotografi kreatif  ini ( :

Nota:
Penulis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan pada individu yang sudi klik pada ruangan iklan di sebelah tepi artikel ini. Terima kasih ( :

03 May 2013

Vote ! Undi !


[Klik untuk pembesaran imej]

Vote /vōt/
- a formal expression of opinion or choice, either positive or negative, made by an individual or body of individuals / the means by which such expression is made, as a ballot, ticket, etc. [Reference: Dictionary.com]

- a formal expression of preference for a candidate for office or for a proposed resolution of an issue / a means by which such a preference is made known; such as a raised hand or a marked ballot [Reference: Answers.com]

- a usually formal expression of opinion or will in response to a proposed decision; especially : one given as an indication of approval or disapproval of a proposal, motion, or candidate for office/ the total number of such expressions of opinion made known at a single time (as at an election) / an expression of opinion or preference that resembles a vote [Reference: Merriam-Webster.com]

Undi
Sesuatu untuk memilih atau menentukan sesuatu (misalannya, siapa yang akan mendapat sesuatu, memulakan sesuatu permainan, dan lain lain) / undian pemilihan seseorang atau penentuan sesuatu dengan penandaan pada kertas undi (pungutan suara dan sebagainya.
[Rujukan: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)]

Gambar di atas tiada kena mengena dengan topik pada artikel ini dan sekadar hiasan. Ianya merupakan poster gergasi di dinding sebuah tapak pembinaan terletak di Jalan Ceylon, Kuala Lumpur.

Nota:
Penulis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan pada individu yang sudi klik pada ruangan iklan di sebelah tepi artikel ini. Terima kasih ( :

29 April 2013

C.I.N.T.A. - Bahagian 1


[Klik untuk pembesaran imej]

Cinta
Kasih / berahi / perasaan kasih sayang / perasaan atau berperasaan sangat sayang (kepada negara, orang tua, kebebasan, dan sebagainya) / perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan / perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu [Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)]

Gambar ini diambil di pintu masuk sebuah kondominium yang terletak di Jalan U Thant, Kuala Lumpur. Penghargaan khas untuk saudara Farred atas foto ini ( : 

Nota:
Penulis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan pada individu yang sudi klik pada ruangan iklan di sebelah tepi artikel ini. Terima kasih ( :

22 April 2013

Nganga

[Klik untuk pembesaran imej]

Nganga:
Membuka mulut luas-luas / membuka mulut lebar-lebar / tidak memperolehi apa-apa yang dihajati (kiasan)

Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Nota:
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan pada individu yang sudi klik pada ruangan iklan di sebelah tepi artikel ini ( :

15 April 2013

Wira

Gambar 1. Jalan Wira Negara Kpl Azrol [Semua gambar boleh diklik untuk pembesaran imej]

Wira:
Hero / pahlawan / jaguh / perwira / pendekar / kesateria / wirawan / bahadur / jago
[Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)] 

Pagi itu saya berhasrat untuk ke Sijangkang bagi mengambil adaptor laptop yang telah ditempah beberapa hari sebelumnya dari sebuah kedai komputer. Sebelum memulakan perjalanan kayuhan, saya sempat menonton siaran Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3. Ia menyiarkan video tentang wira-wira negara yang telah gugur mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah. Ketika tayangan sepintas lalu itu, saya terperasan satu imej papantanda seperti gambar di atas yang membuatkan saya merasa teruja untuk mencarinya sendiri.

Gambar 2. Pejuang-pejuang negara yang telah terkorban. Gambar ihsan TV3.

Gambar 3. Info ringkas arwah Kopral Mohd Azrul. Gambar ihsan TV3

Setelah selesai berurusan di kedai komputer, saya singgah di rumah sebuah rakan dan meminta beliau mencari info tentang lokasi papantanda yang dipaparkan dalam televisyen pagi tadi. Dari pencariannya di laman sesawang, rumah keluarga arwah Kopral Mohd Azrul dikhabarkan terletak di Rantau Panjang, Kelang. Info lain pula, memberitahu ianya terletak di Teluk Kapas, Kelang. 

Tanpa membuang masa, saya bersendirian berkayuh menuju ke arah Rantau Panjang. Sebuah jalan yang dilalui oleh banyak lori-lori treler kontena saya lalui. Kadang-kadang, timbul rasa risau dengan kenderaan-kenderaan besar dan panjang ini. Anginnya sahaja cukup untuk membuatkan kita seolah melayang-layang apabila ia melalui sisi basikal. Itu belum lagi bila mendengar deruan enjin dan bunyi hon udaranya (airhon) ...

Saya melepasi kawasan Rantau Panjang dan melajakkan kayuhan menuju ke kawasan Teluk Kapas. Ternampak sebuah jalan yang dinamakan Jalan Rahmad (jika tidak salah saya), dengan papantanda yang agak uzur dan cuma diikatkan pada sebuah tiang elektrik di persimpangan masuk. Terdapat satu kain rentang yang mempunyai mesej takziah buat Allahyarham. Dari rasa hati, saya menganggarkan yang itulah jalan masuk ke rumah keluarga arwah. Saya meneruskan kayuhan melepasi jalan itu bagi mencari kemungkinan yang lain pula. Apabila merasakan tiada lagi kemungkinan, saya berpatah semula ke memasuki jalan itu.


Gambar 4. Belok ke kiri untuk memasuki Jalan Rahmad off Jalan Teluk Kapas
 
Gambar 5. Kain rentang ucapan takziah dari penduduk setempat

Jalan yang saya masuki itu, kelihatan baru sahaja diturap dan terdapat deretan bendera satu parti politik dipasang di kiri kanan jalan. Kayuhan saya terhenti di sebuah simpang yang terdapat sebuah jambatan kayu baru dibina. Disitulah terdapatnya papantanda bertulis Jalan Wira Negara Kopral Azrol itu (rujuk gambar paling atas). Saya mengambil masa memotret beberapa keping gambar dari pelbagai sudut sebelum berhasrat untuk memasuki lebih dalam bagi mencari rumah keluarga arwah Kopral Azrul. Pencarian saya terhenti di sebuah rumah yang dihadapannya dipasangkan beberapa bendera sebuah parti politik. Pada anggaran saya bila melihatkan turapan yang berakhir di perkarangan rumah itu beserta bendera-bendera yang dipasang, saya yakin pasti itulah rumah keluarga arwah Kopral Azrul.


Gambar 6. Jambatan kayu dan turapan jalan yang baru dibuat menghala ke rumah keluarga arwah Kopral Azrul.

Saya cuma berlegar-legar dan melihat rumah itu dari jarak jauh. Tidak tergamak rasanya untuk saya merakamkan gambar rumahnya, apatahlagi untuk menganggu privasi mereka di dalam keadaan ahli keluarga sedang berdukacita atas pemergian ahli keluarga tercinta. Cukup sekadar bacaan Al Fatihah saya sedekahkan buat Allahyarham, moga tenanglah beliau di sana menemui Sang Penciptanya ...

Saya meninggalkan kawasan Jalan Rahmad dan memasuki semula jalan yang sibuk dilalui oleh lori treler, bermuatan mahupun kosong. Ternampak gerai menjual air tebu, saya kemudiannya berhenti untuk membasahkan tekak dalam keadaan cuaca yang cukup panas dan kering ini. Terasa puas apabila dapat menikmati air tebu, sekaligus dapat menemui lokasi yang diingini tanpa perlu bertanyakan pada sesiapa di jalanan.

Nota:
Penulis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan pada individu yang sudi klik pada ruangan iklan di sebelah tepi artikel ini. Terima kasih ( :

10 April 2013

Earth Hour 2013

Gambar 1. Bergambar kenangan di Dataran Shah Alam [Semua gambar boleh diklik untuk pembesaran imej]

Pada malam Sabtu bertarikh 23hb Mac 2013 yang lalu bertempat di Dataran Shah Alam, penulis dan individu lain telah bersama-sama memeriahkan sambutan Earth Hour 2013. Bersamaan dengan sambutan ini, satu acara yang dinamakan Kayuhan Malam Sempena Earth Hour telah dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam [MBSA].

Acara yang tidak dikenakan sebarang bayaran ini, cuma memerlukan peserta mendaftar secara dalam talian (online) mahupun pendaftaran sebelum acara berlangsung (walk in). Penyertaan bagi 1000 peserta terawal diberikan sehelai kemeja T sebagai cenderahati. Penulis yang telah mendaftar awal secara dalam talian, kemudiannya diminta ke khemah penganjuran untuk melapor diri dan kemudiannya diberikan sehelai kemeja t berwarna kuning serta sekeping tag bernombor untuk tujuan cabutan bertuah.

Pelbagai golongan tidak kira peringkat usia, kaum dan kerjaya memeriahkan kayuhan malam itu. Mereka juga membawa bermacam-macam jenis basikal, dari seusia basikal antik/klasik/vintaj sehinggalah basikal dengan rekabentuk dan teknologi terkini. Terdapat beberapa orang rakan-rakan grup Darul Ehsan Touring Cyclist (DET-C), kenalan Facebook dan rakan-rakan kayuhan pemastautin Shah Alam yang turut sama menyertai acara.


Gambar 2. Kecilnya nombor ! Mungkin antara orang terawal yang mendaftar ...
 
Gambar 3. Mujur ada bakul, boleh diletakkan nombor tag di situ ( :
 
Gambar 4. Tidak sempat bergambar di papan ini
 
Kayuhan malam itu, diakhiri dengan beberapa persembahan muzikal, pertunjukan senibela diri dan acara cabutan bertuah. Nampak gayanya, nombor 0006 saya tidak bertuah malam itu. Semoga acara ini dapat dilaksanakan lagi pada tahun 2014 pula ...


Gambar 5. Acara Earth Hour turut disambut di Kuala Lumpur. Papantanda ini terletak berhampiran Galeri Kuala Lumpur

Nota:
Penulis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan pada individu yang sudi klik pada ruangan iklan di sebelah tepi artikel ini. Terima kasih ( :