* Translation *

30 May 2011

Bandar Diraja (Royal Town)


Bandar Diraja ...

Bandar diraja adalah merupakan bandar kedua terpenting selepas bandar atau bandar raya yang menjadi ibu negeri bagi negeri-negeri yang diperintah oleh Raja atau Sultan. Selalunya bandar diraja ialah daerah yang menjadi tempat berdirinya istana kediaman rasmi bagi Sultan atau Raja, dan daerah yang menjadi bandar diraja (Royal Capital) bukanlah daerah yang dipilih menjadi ibu negeri (State Capital). Istilah ibu negara (atau ibu negeri) yang digunakan ketika zaman penjajah menunjukkan kawasan yang menjadi ibu negara itu menempatkan pusat pentadbiran kerajaan dan lazimnya istana raja yang memerintah dibina di ibu negara, seperti yang terdapat di London dan negara-negara beraja yang lainnya di Eropah. Hal ini dilakukan bagi memudahkan urusan pentadbiran. (Capital juga boleh diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia sebagai Pusat, bergantung kepada konteks ayat.)

Namun di Tanah Melayu, atas sebab-sebab geografi dan ekonomi, di sesetengah negeri pihak British terpaksa mewujudkan pusat pentadbiran di tempat lain yang kadangkala jauh dari istana rasmi. Contohnya di negeri Perak, baginda Sultan Perak bersemayam di Kuala Kangsar, namun Ipoh dijadikan ibu negeri kerana Ipoh menjadi kawasan yang paling pesat hasil daripada pembukaan banyak lomboh bijih yang mewujudkan peluang pekerjaan dan ekonomi kepada imigran. Lalu Ipoh dipilih menjadi ibu negeri dan Kuala Kangsar diangkat menjadi bandar diraja. Begitulah juga keadaan di negeri-negeri yang lain yang mempunyai situasi yang hampir sama.

Secara umumnya, hanya beberapa negeri sahaja yang memiliki bandar diraja iaitu Perlis, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang namun Kedah juga memiliki bandar diraja (Anak Bukit) tetapi terletak di daerah Kota Setar (Alor Setar - ibu negeri). Bandar diraja bagi kelima-lima negeri kecuali Kedah terletak di kawasan di luar ibu negeri masing-masing yang kadang kala jauh dari ibu negeri itu sendiri. Walau bagaimanapun, kelima-lima Sultan atau Raja bagi lima negeri ini memiliki istana hinggap di ibu negeri masing-masing bagi memudahkan urusan pentadbiran kerajaan negeri. Biasanya apabila kita menjejakkan kaki ke mana-mana bandar diraja, pasti kita akan dapat melihat papan tanda yang memberitahu bandar tersebut merupakan bandar diraja. Contoh: - Pekan Bandar Diraja Indah Dan Makmur.

Kebiasaannya majlis-majlis rasmi seperti sambutan Hari Keputeraan, Pemasyhuran, Sambutan Tetamu Negeri, Perlantikan Menteri Besar dan pelbagai upacara yang melibatkan Raja atau Sultan dijalankan di bandar diraja kerana di bandar diraja itulah terletaknya istana rasmi bagi Sultan atau Raja yang memerintah.


Info gambar:
Mercutanda Bandar Diraja Kuala Kangsar, terletak berhampiran bulatan bandar Kuala Kangsar dan jalan menuju ke Istana Iskandariah / Masjid Ubudiah

25 May 2011

Labu sayong


Labu sayong ...

Labu sayong merupakan kraftangan tradisional, diperbuat dari adunan tanah dan berbentuk labu untuk menyimpan serta memastikan air minuman kekal sejuk. Dipopularkan di sebuah desa bernama Sayong, yang terletak di seberang sungai Perak dalam kawasan Kuala Kangsar.
Info gambar:
Replika labu sayong gergasi yang terletak di persimpangan ke Kuala Sayong, Kuala Kangsar.

18 May 2011

Teruja ...


Teruja ...

Teruja (Malay) = excited / aroused (English) = excité (French) = eccitato (Italian) = opgewonden (Dutch) = aufgeregt (German) = emocionado (Spanish)

Info gambar:
Lelaki separuh umur ini teruja dengan basikal kami semasa berhenti rehat di sebuah taman berhampiran bandar Kuala Kangsar

13 May 2011

Tapau


Tapau ...

Take-out or takeout (in North American, Philippine English), carry-out (in U.S., Scottish English), take-away (in the United Kingdom, Australia, New Zealand, South Africa, Hong Kong and Ireland), parcel (in Indian English and Pakistani English), or tapau (in Malaysian English and Singlish—from the Chinese "package it" 打包 da-bao), is food purchased at a restaurant or stall for the purpose of being eaten elsewhere. The restaurant or stall may or may not provide table service. In the United States and Canada, food ordered this way (especially in fast food) is ordered to go, and in England it is ordered to take away or sometimes to eat out, as opposed to eating in or dining in.

Info from http://en.wikipedia.org/wiki/Take-away

Picture info:
Tricycle hawker sell his food to the client at Kuala Sepetang town, Perak.

09 May 2011

Lintas atas - bawah


Lintas atas - bawah ...

Info gambar: Laluan keretapi yang melintasi jalanraya di kawasan Bukit Berapit, Perak.

06 May 2011

Lori Balak ...



Lori balak ...

Selambat - lambat lori balak bergerak, perlahan lagi kelajuan basikal kami semasa menaiki bukit.

Info gambar: Berhenti seketika di tepi kawasan Bukit Gantang (jalan Taiping - Kuala Kangsar) bagi menghilangkan letih.

02 May 2011

Tol ...


Tol ...

Tiada apa yang perlu dirisaukan mengenai urusan wang untuk membayar tol, kerana para basikalis berkayuh tanpa perlu membayar tol. Ini terkecuali jika mahu menaiki feri ke Pulau Pinang dimana setiap pengguna jalanraya diwajibkan melalui sebuah plaza tol untuk membayar tambang ) :

Info gambar: Lokasi di persimpangan lampu isyarat Changkat Jering - Taiping.