* Translation *

28 May 2012

Beg 'Pannier'


[Klik untuk pembesaran imej]

Ketika melalui Lorong Haji Mughni dalam kawasan Kampung Jalan Kebun pada 12hb Mei 2012 lalu, saya dan seorang rakan kayuhan telah terserempak dengan seorang lelaki pertengahan usia sedang mengutip barang-barang lusuh. Menariknya, ia menggunakan basikal yang dipasang dengan dua beg khas besar buatan sendiri di tepi bahagian belakang kiri dan kanan basikalnya.

Apabila nampak sahaja ia melepasi kami selepas mengutip beberapa barangan, saya terus berhenti untuk mengeluarkan kamera bagi diberikan kepada Adnan dengan harapan dapat mengambil gambar menarik. Beliau sempat mengambil dua shot kami berdua dari arah belakang, walaupun dalam serba kepayahan untuk mengambil gambar sewaktu berkayuh. 

Ketika berada di sisi lelaki tersebut, saya ternampak sebuah rekoder yang masih berkeadaan baik (sejenis alat seperti seruling yang diperbuat dari plastik) diletakkan di handlebar nya. Spontan saya bercakap kepada beliau ketika beriringan di sebelah.

"Wahhh, rekoder pun ada ..." 
Kata beliau, "Nah, nak ke ?" 
"Takpe, takpe," balas saya pula ...

Di penghujung Lorong Haji Mughni tersebut, kami mengambil arah berlainan. Kami ke kanan manakala beliau ke kiri. Dan harapan saya untuk mengambil beberapa shot lagi turut berkecai di persimpangan T Lorong Haji Mughni - Jalan Lombong itu ...

Nota kaki:
Sesiapa yang pandai, bolehlah meneka kapasiti beg di kiri dan kanan yang besar tu, berapa liter ?
Tips: Jika dimasukkan dapur gas dua tungku, boleh tenggelam hingga tiga suku panjang dapur tersebut ( :

Beg Pannier 
Keranjang beban / bakul, beg, kotak, atau bekas yang serupa, dibawa secara berpasangan sama ada yang tersangkut pada belakang seekor binatang pembawa beban, atau yang dilampirkan kepada sisi basikal atau motosikal. Istilah pannier ini berasal dari bahasa Perancis Lama, juga dari bahasa Latin klasik, perkataan yang bermaksud 'bakul roti'. [Sumber: Wikipedia]

Sebuah bakul atau pek (pack), biasanya sepasang, yang diletakkan pada rak (rack) basikal dan tergantung di atas sebelah salah satu roda. [Sumber: TheFreeDictionary.com]

21 May 2012

Membujur lalu, melintang patah


[Klik untuk pembesaran imej]

Che' Din, rakan rekreasi luar (outdoor) saya yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti berbasikal, sedang mengangkat basikalnya sambil diperhatikan oleh Daooz. Aksi dirakamkan ketika kami melalui Bukit Sapu Tangan yang terletak di dalam Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) pada 15hb April 2012 lalu.

Membujur lalu melintang patah
Peribahasa Melayu ini bermaksud, seseorang yang tidak takut pada halangan atau cabaran / tidak apa yang dapat menghalang / walau apa terjadi tujuan mesti dicapai.

16 May 2012

Tunjuk langit


[Klik untuk pembesaran imej]

Ooppsss, sebelum ada apa-apa kontroversi, biarlah diterangkan yang aksi seperti gambar di atas bukanlah acara keagamaan "kerajaan langit" mahupun sebarang bantahan / piket / demonstrasi. Ia cuma satu 'trademark' apabila bergambar kenangan beramai-ramai kepada sebuah kelab kayuhan iaitu KayuhBeb Cycling Club [rujuk sini untuk blog dan sini untuk Facebook mereka].

Untuk menjadi lain dari yang lain, sesebuah organisasi itu mestilah mempunyai keunikannya tersendiri. Keunikan KayuhBeb yang paling ketara ialah jersi berwarna oren mereka dengan tertera lambang kelab di dada selain dari aksi bergambar beramai-ramai sambil tangan kanan diangkat condong menghala ke langit.

Terima kasih dan syabas diucapkan pada ahli-ahli KayuhBeb atas kesudian mereka memeriahkan 'scene' berbasikal di Malaysia ini ( :

14 May 2012

Pindah


[Klik untuk pembesaran imej]


Sewaktu geng KayuhBeb Cycling Club beroffroad di Hash Masjid Tanah pada 8hb April 2012 lalu, saya mengambil keputusan untuk berkayuh solo dari Masjid Tanah ke mana-mana lokasi. Lokasi yang mula-mula dirancang ialah ke kawasan perkampungan tepi pantai di jalan menghala Kuala Linggi. Tetapi laluan ini telah biasa dilalui, membuatkan saya menukar fikiran.

Dengan GPS yang dibawa, saya mengambil keputusan untuk ke bahagian timur dan tenggara Masjid Tanah. Dari sasaran awal cuma untuk ke Alor Gajah, ianya kemudian bertukar kepada Durian Tunggal dan sekali lagi bertukar ke Hutan Rekreasi Ayer Keroh. Jalan yang dilalui, kebanyakannya adalah laluan merebut "jersi raja bukit" atau senang cerita, laluan berbukit !

Saya menemukan papantanda kawasan ini di laluan jalan negeri M17, iaitu Jalan Alor Gajah Lama ketika berkayuh dari Alor Gajah menuju ke Durian Tunggal. Kenapakah kawasan ini dinamakan sedemikian ? Apakah sejarah disebalik nama ini ? Oopppsss, jangan ditanya semua soalan berkaitan ini, tanyalah pada warga Melaka. Soalan saya cuma satu sahaja, "korang pindah ke mana ekk ?" ...

Pindah (transfer)
- Bertukar tempat (kediaman, kerja, dan lain lain. [Rujukan: DBP]
- Move (someone or something) from one place to another [Rujukan: Google]

Peribahasa Melayu:
"Orang pindah-pindahan, bertanam tak boleh dimakan ..."
Bermaksud: Pekerjaan yang tidak tetap, selalu mendatangkan kerugian 

Bonus:
- Ada bacaan menarik di sini.
- Peta perjalanan saya boleh dirujuki di sini.

11 May 2012

Anak Kecil


[Klik untuk pembesaran imej]


Tengahari Ahad, 15hb April 2012. Kami berempat lepak di kafe berhampiran pintu masuk ke Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) setelah berhempas pulas memerah kudrat berbasikal melalui jalan Bukit Sapu Tangan. Latihan itu dilakukan demi untuk mendapatkan stamina dan menguatkan 'daya kayuh' (Erkkk, ada ke istilah ini ?) seminggu sebelum menyertai acara Berbasikal dari Kuala Kubu Bharu ke Bukit Fraser anjuran Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL)

Rehat kami turut disertai oleh satu keluarga yang mempunyai anak kecil, dimana ianya berada dalam kereta sorong (stroller) yang diletakkan berhampiran basikal saya. Melihatkan pemandangan ini, saya lantas mengambil kamera kompak pinjaman rakan serumah lalu mengambil beberapa keping gambar. Aksi saya mengambil gambar itu turut diperhatikan oleh ahli keluarganya, tetapi saya tidak memperdulikan mereka sebaliknya terus mencari sudut-sudut yang difikirkan menarik.

Amaran lembut:
Sesiapa tidak boleh mentafsir no. plet pada bahagian belakang basikal saya yang bertulis 0N3 L3SS C4R, itu tandanya dia pendek umur kurang menggunakan otak kirinya.

09 May 2012

Kereta Perisai

Kereta perisai GMC 15 CWT

Kereta perisai ini diletakkan di hadapan pintu masuk ke Muzium Tapak (Insitu Museum) atau Rumah Pasung (Balai Polis Lama) Jugra, Kuala Langat. Ianya telah dilawati oleh kami bertiga sewaktu kayuhan sempena cuti Hari Pekerja 1hb Mei 2012 lalu. Ohh ya, slogan hari pekerja bagi tahun ini ialah "Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi".

Rujuk sini dan sini untuk maklumat mengenai lokasi bersejarah ini serta sini bagi mengetahui tentang acara perasmiannya.

Nota:
Untuk maklumat mengenai lokasi beberapa tempat menarik sekitar daerah Kuala Langat, rujuk pada peta Google yang saya buat khas di sini.

Kereta perisai (armoured car)
Kenderaan bersenjata dan berperisai, terutamanya digunakan untuk peninjauan
[Maksud terjemahan dari TheFreeDictionary.com]

03 May 2012

Tan Sri Manickavasagam


[Klik untuk pembesaran gambar]

Masih berkisar perjalanan ketika berkembara basikal di Pulau Carey pada hujung Mac 2012 lalu. Sewaktu meninggalkan kawasan pantai, perjalanan di antara Kampung Orang Asli Sungai Judah menuju ke Kampung Orang Asli Sungai Bumbun saya terjumpa papantanda seperti gambar di atas.

Spontan terfikir, siapakah gerangan empunya nama yang terpampang di papantanda itu ? Perjalanan diteruskan, dengan hati yang sedikit resah dan sifat ingin tahu meluap-luap, ingin mengetahui karisma tokoh tersebut. Sekembalinya dari berkembara, persoalan itu akhirnya terjawab dan ingin saya kongsikan ianya dengan rakan-rakan pembaca blog ini.

Tan Sri Manickavasagam 

Presiden MIC
Tan Sri Dato' Seri V. Manickavasagam adalah presiden keenam MIC (Malaysian Indian Congress) dari tahun 1973 - 1978. Beliau juga merupakan bekas Menteri Komunikasi dalam kabinet Malaysia.

Tan Sri Manickavasagam menjadi presiden MIC sebagai kesan akibat peningkatan rintangan daripada ahli akar umbi kepada gaya kepimpinan Tun VT Sambanthan. Sebagai presiden parti itu selama 18 tahun, sesetengah merasakan Tun Sambanthan telah terlalu lama memegang tampuk pemerintahan dan mereka mengalu-alukan perubahan.

Di bawah kepimpinan Tan Sri Manickavasagam, MIC diletakkan di landasan yang kukuh dengan bangunan, pejabat dan kakitangan di beberapa bahagian negara ini dan sistem parti teratur dan kapasiti untuk menangani isu-isu yang dipertingkatkan.

Ia adalah sepanjang tempoh ini bahawa MIC, sebagai ahli Perikatan, telah menjadi sebahagian daripada Barisan Nasional. Parti menaja Koperasi Serbaguna Nesa dan Unit Amanah MIC sebagai sebahagian daripada program untuk usaha ekonomi, dan juga menubuhkan Tabung Pendidikan untuk kanak-kanak ahli MIC dan Tabung Biasiswa India Malaysia bagi pengajian tinggi serta memperolehi institut latihan India di kemahiran teknikal dan perdagangan 

Buku Biru
Tan Sri Manickavasagam mempunyai visi bagi masyarakat India Malaysia. Beliau telah menganjurkan Seminar Ekonomi Pertama India dan hasilnya Buku Biru telah diadakan. Ia adalah satu rancangan pembangunan untuk pertumbuhan ekonomi masyarakat India.

Buku Biru adalah satu usaha dirancang bagi mengukuhkan perniagaan kaum India. Pemimpin politik dan pendidikan bekerjasama untuk menambahbaik masa depan masyarakat India Malaysia. Maika Holdings dan Institut Pendidikan dan Pembangunan Maju (MIED) dan lain-lain adalah hasil langsung daripada Buku Biru.

Belasungkawa 
Tan Sri Manickavasagam meninggal dunia pada tahun 1979 ketika masih di pejabat. Timbalannya, Samy Vellu telah menjadi pemangku presiden MIC dan kekal menjawat jawatan presiden sehingga 6 Disember, 2010.

Sumber: Terjemahan dari Wikipedia