* Translation *

28 March 2011

Tewas ...


Tewas ...

Kepenatan yang teramat jelas ditunjukkan dalam gambar ini, belum sempat masuk ke rumah pun hahaha ...

Info gambar: Sesampainya di rumah Taman Kenangan, Sabak Bernam setelah menghabiskan kayuhan Sabak Bernam - Teluk Intan - Sabak Bernam pada 13.06.2010 lalu.

25 March 2011

Topi besar ...


Topi besar ...

Info gambar: Di perkarangan balai polis Sungai Air Tawar yang terletak dalam daerah Sabak Bernam, ketika membuat kayuhan Sabak Bernam - Teluk Intan - Sabak Bernam pada 13.06.2010 yang lalu.

23 March 2011

Sayangi jalan Persekutuan ...


Sayangi jalan Persekutuan ...

Info gambar: KM 0 jalan Persekutuan No. 58 bermula dari Teluk Intan. Gambar diambil semasa kayuhan Sabak Bernam - Teluk Intan - Sabak Bernam pada 13.06.2010 yang lalu

21 March 2011

Mastan Ghani ...


Mastan Ghani ...

Kedai makan Mastan Ghani, terkenal di Teluk Intan dengan menu rojak dan mee rebusnya sejak puluhan tahun lagi ...

Info gambar: Singgah makan di kedai Mastan Ghani, semasa membuat kayuhan Sabak Bernam - Teluk Intan - Sabak Bernam pada  13.06.2010

18 March 2011

Peminat ...


Peminat ...

Dikala rakan - rakan lain sibuk menolong menukar tiub tayar yang bocor, Ah Chong didatangi oleh seorang pekerja tapak pembinaan yang meminta untuk bergambar bersama

Info gambar:  Sewaktu kayuhan Bangsar Attack pada 08.06.2010 lalu

16 March 2011

Rodalink


Rodalink ...

Rodalink merupakan antara rangkaian kedai basikal yang mempunyai beberapa cawangan di Malaysia

Jay dan Pojie sedang menggayakan aksi 'roda - link'

Info gambar: Kedai basikal Rodalink di jalan Telawi, Bangsar, KL semasa kayuhan Bangsar Attack pada 08.06.2010 lalu

12 March 2011

Menara KL ...


Menara KL ...

Menara Kuala Lumpur ialah sebuah menara terletak 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter. Menara Kuala Lumpur terletak di kemuncak Bukit Nanas 94 m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996.

Pembinaan Menara Kuala Lumpur dilaksanakan dalam 3 fasa pembinaan. Fasa pertama dimulakan pada Oktober 1991 sehingga 15 Ogos 1992. Fasa kedua pula bermula pada 12 Julai 1992 dengan pembinaan ditumpukan pada tapak menara dan tingkat bawah tanah. Kerja-kerja asas pembinaan dan aktiviti penanaman cerucuk selesai pada 15 April 1993.
Menara ini lebih tinggi berbanding Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur kerana terletak pada di kemuncak 94m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur dibina sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat telekomunikasi dan sistem pemancar. Di sini siaran radio RTM iaitu Klasik Nasional, Muzik FM, KL FM, Traxx FM, Ai FM, Minnal FM, Asyik FM, televisyen RTM1 dan RTM2 milik Radio Televisyen Malaysia dan NTV7 siaran UHF dapat diterima sehingga 40km jauhnya.

Menara Telekomunikasi Kuala Lumpur ini merupakan menara telekomunikasi yang kelima tertinggi di dunia di belakang Menara CN di Kanada pada ketinggian 553m, Menara Ostankino di Russia setinggi 537m, Menara Shanghai di Negara China dengan 468m tinggi dan Borj-e Milad dengan ketinggian 435m di Iran. Menara 421 meter tinggi ini mula dibina pada tahun 1993 dan siap pada 1996. Di bawah menara ini terdapat kedai cenderamata, panggung mini, panggung terbuka, mini zoo, restoran dan Kampung Budaya 1 Malaysia.

Reka bentuk menara ini direka oleh Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat tempatan. Bentuknya yang tirus dan tinggi adalah keistimewaannya. Bahan binaan menara ini adalah konkrit. Menara ini menjadi tumpuan pelancong kerana ia menyediakan banyak tempat reakreasi. Reka bentuk menara ini dipengaruhi oleh seni bina Islam, Jerman, Perancis dan tempatan. Hiasan dalamannya pula dipengaruhi oleh seni bina Islam yang bercirikan gaya Muqarnas dari Esfahan, Iran.Seni reka dalaman yang bercirikan sentuhan Muqarnas ini dapat dilihat dengan ketara khususnya pada rekaan kubah kaca yang terdapat di lobi lif utama. Kubah kaca yang terdapat adalah dalam tekstur yang agak kasar, ia mempunyai tujuh tingkat yang melambangkan 7 lapisan (petala) langit menurut Islam. Hiasan ini juga boleh dilihat di pintu masuk utama ruang legar dan dibawah kepala menara.

Menara Kuala Lumpur digunakan untuk aturcara penting bagi umat Islam kerana disinilah tempat penentuan anak bulan Ramadan dan Syawal dilakukan di puncak menara tersebut.

* Info dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Menara_Kuala_Lumpur

Info gambar: Sejujurnya, saya terlupa nama jalan ini. Tapi yang pastinya, ianya terletak di Kuala Lumpur ( : Kenangan semasa geng PK Riders membawa Wak Sabah berbasikal pada 04.06.2010 lalu

10 March 2011

Just MTBed ...


Just MTBed ...

Just married, oopppsss, just MTBed hahahaha ...

Info gambar: Selesai menamatkan kayuhan HTR 2010 di Ipoh pada 30.05.2010

09 March 2011

Kayuh lalu ?


Kayuh lalu ?

Pandu lalu = kayuh lalu. Aci tak ?

Info gambar: Ah Chong ketika melalui satu laluan pandu lalu di sebuah restoran makanan segera ibukota, bertarikh 08.05.2010

08 March 2011

The classroom is evolving ...


The classroom is evolving ...

Go out from your classroom and get a lesson !!

Info gambar: Ah Chong sewaktu menunggu rakan - rakan kayuhan lain tiba di stesyen LRT Jalan Ampang, pada  08.05.2010

07 March 2011

I believe, i can float ...


I believe, I can float ...

Hadri sanggup berenang bersama basikalnya demi untuk naik ke bahagian atas airterjun untuk sesi fotografi

Info gambar: Airterjun Sungai Lepoh / Lepok, Hulu Langat pada 25.04.2010 lalu

05 March 2011

Kerjasama ...


Kerjasama ...

"Apa yang penting ? Kerjasamaaa" ...

Info gambar: Tolong - menolong ketika menghadapi laluan pokok tumbang dalam perjalanan menuju Airterjun Sg. Lepoh / Lepok, Hulu Langat bertarikh 25.04.2010

03 March 2011

Pheeewwwiiittt ...


Pheeewwwiiittt ...

"Ni nak ride ke nak mengorat ni" ...

Info gambar: Memberi laluan pada pejalan - pejalan kaki yang baru balik dari arah airterjun Sungai Lepoh / Lepok, Hulu Langat, Selangor bertarikh 25.04.2010

02 March 2011

Pusaka ...

 

Pusaka ...

Info gambar: Sebuah rumah tradisional yang terdapat di kawasan Kuala Linggi, Melaka sewaktu perjalanan balik kami dari Pengkalan Balak ke Puchong pada 16.04.2010

Tenang selepas ribut ...


Tenang selepas ribut ...

Info gambar: Keadaan pantai yang tenang selepas dipukul ombak besar dan angin kencang pada malam berikutnya ketika kami sampai di Pengkalan Balak, Melaka. Bertarikh  16.04.2010

Kiri atau kanan ?


Kiri atau kanan ?

Info gambar: Lokasi berhampiran menara jam Bukit Fraser semasa kayuhan KKB - Bkt Fraser - KKB pada 15.03.2010

Beat my time !!


Beat my time !!

Info gambar: Catatan masa terpantas peserta Bukit Cermin 3rd Downhill Challenge pada 08.03.2009 lalu.

Hak ...


Hak ...

Walaupun penunggang basikal dan pejalan kaki dianggap golongan minoriti oleh pengguna jalanraya, disini mereka juga diberikan hak yang saksama untuk berkongsi bersama pengguna lain ...

Info gambar: Memasuki laluan ke Friendship Bridge di bahagian utara kota Phnom Penh pada 25.02.2010

Terhad ...


Terhad ...

Kekadang, kebebasan itu ada hadnya ...

Info gambar: Bersiar - siar di Preah Sisowath Blvd., Phnom Penh sambil menikmati panorama Sungai Bassac yang mengalir ke tasik Tonle Sap.

Erat ...


Erat ...

Info gambar: Memorial hubungan diplomatik kerajaan Cambodia - Vietnam yang terdapat di Phnom Penh

Multi - function ...


Multi - function ...

Sebuah kedai basikal pelbagai fungsi, bukan sahaja menjalankan perniagaan menservis dan menyewakan basikal, tapi juga sebagai kafe, kedai dobi dan juga tour - operator.

Info gambar:
Vicious Cycle Cafe
Shop # 29, St. # 130, Phnom Penh, Cambodia.

Syarikat ini turut menawarkan khidmat sewaan dan pengiring bagi aktiviti berbasikal di beberapa negara ASEAN mahupun Asia. Laman web syarikat tersebut adalah http://www.grasshopperadventures.com/

Serenity ...


Serenity ...

Info gambar: Berhenti seketika untuk menikmati pemandangan di Kuala Abang, Terengganu ketika dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu ke Sg. Baging pada 15.02.2010 

Pasti tenang di sisi Nya ...


Pasti tenang di sisi Nya ...

Info gambar: Pemandangan masjid Tengku Tengah Zahrah, Kuala Ibai, Terengganu pada 14.02.2010

Asimilasi ...


Asimilasi ...

Dari perkataan Inggeris, assimilate yang bermaksud untuk menyerap (bagi pendatang atau kelompok budaya yang berbeza) ke dalam budaya yang tersedia ada.

Info gambar: Memasuki Chinatown berhampiran jalan ke Pasar Payang semasa bersiar - siar di Kuala Terengganu pada 14.02.2010

Pa Alif Kaf Alif


Pa Alif Kaf Alif ...

Salah satu usaha untuk memartabatkan tulisan jawi ialah melalui penggunaan tulisan jawi pada papantanda jalanraya

Info gambar: Memasuki mukim Paka dalam perjalanan ke Kuala Terengganu pada 13.02.2010

Satu dua tiga ...


Satu dua tiga ...

Laluan ke Kuala Terengganu berbaki seratus dua puluh tiga kilometer ...

Info gambar: Gambar dirakamkan berhampiran Pantai Rekreasi Kemasik ketika melalui jalan Persekutuan No. 3 dalam perjalanan ke Kuala Terengganu pada 13.02.2010

Darul Iman ...


Darul Iman ...

Info gambar: Memasuki negeri Terengganu Darul Iman di sempadan Pahang - Terengganu yang terletak di Kemaman pada 13.02.2010

Lima dua dua ...


Lima dua dua ...

Lima ratus dua puluh dua (522) minit bersamaan lapan perpuluhan tujuh (8.7) jam diperlukan untuk sampai dari Kg. Sg. Baging ke Kuala Terengganu jika mengayuh pada kelajuan dua puluh kilometer sejam tanpa henti sejauh seratus tujuh puluh tiga (173) kilometer

Info gambar: Merancang perjalanan untuk kayuhan touring Kg. Sg.Baging  - Kuala Terengganu - Kg. Sg. Baging yang telah pun dilaksanakan pada cuti Tahun Baru Cina 2010 lalu, 13 - 15hb Feb.

01 March 2011

Sidai basikal ...


Sidai basikal ...

Info gambar: Berlatarbalakangkan airterjun Lata Hammer, bertarikh 07.02.2010

Solusi ...


Solusi ...

Setiap kali ada masalah, bertenang dan jangan menggelabah. Apabila bertenang, akal pasti akan dapat mencari solusi bagi setiap permasalahan, percayalah ...

Info gambar: Mengatasi masalah RD hangar basikal Hairul yang patah dengan menanggalkan RD dan menjadikan basikal itu berkelajuan - tunggal (single speed)

Misery ...


Misery ...

Pemegang gear belakang (rear derallieur hangar) Hairul yang patah tidak melunturkan semangat kami untuk menjelajahi laluan trekking ke Lata Hammer, Pahang. Alternatifnya, kami menggunakan sistem satu kelajuan (single speed) untuk mengatasi masalah ini

Kulit album ...


Kulit album ...

Mungkin sesuai dijadikan kulit album ? Bukan album lagu, tetapi album gambar hehehehe ...

Info gambar: Sewaktu hendak memasuki laluan trekking ke Lata Hammer dengan membawa basikal, bertarikh 07.02.2010

Hollywood atau Holmwood ?


Hollywood atau Holmwood ?

Info gambar: Gambar diambil semasa kayuhan solo Sunway Kayangan - Kuala Selangor - Bestari Jaya (dahulunya dikenali sebagai Batang Berjuntai) - Puncak Perdana pada 14.12.2009. Lokasi lagi hampir dua kilometer untuk sampai ke pekan Bestari Jaya menggunakan jalan dalam Kuala Selangor - Bestari Jaya.

Kalau dah gila basikal - Bhgn 2


Kalau dah gila basikal ...

Kesinambungan dari bahagian 1. Muka individu terbabit terpaksa dipakaikan topi keledar muka - penuh (full face) atas sebab - sebab keselamatan hehehehe ...


Info gambar: Hantaran dari pihak wanita untuk Ah Chong sempena majlis pertunangan beliau pada Mei 2009

Kalau dah gila basikal - Bhgn 1


Kalau dah gila basikal ...

Hadiah pertunangan seorang sahabat Pedal Krem Riders iaitu Ah Chong. Kalau dah minat berbasikal tu, barang hantaran pun dapat barangan sukan berbasikal. Gambar ini terpaksa saya simpan secara rahsia atas permintaan Ah Chong. Hanya diterbitkan setelah beliau mengedarkan kad jemputan kahwin

Info gambar: Hantaran pertunangan Ah Chong berupa topi keledar muka - penuh (full face) downhill dan set perlindungan lutut (knee guard) yang diberikan pihak pengantin perempuan pada Mei 2009 lalu

Success is a journey ...


Success is a journey, not a destination ...

Info gambar: Sewaktu mahu meninggalkan kawasan Tanjung Piai dan pulang semula ke Simpang Renggam, 26.12.2009

Masih ada cahaya ...


Masih ada cahaya ...

Andai kata kamu merasakan hidup diselubungi kegelapan, bersabar dan carilah jalan keluar. Moga - moga masih ada cahaya dalam kehidupanmu ...

Info gambar: Jeti pelantar pemandangan & memancing Tanjung Piau, Johor pada 26.12.2009

Carik - cari bulu ayam ...


Carik - carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua ...

Hmm, entah apalah yang mereka gaduhkan tu ...

Info gambar: Selepas menikmati pemandangan matahari terbit di jeti Tanjung Piai, Johor pada 26.12.2009

Mainland Asia most southern, not Salak South ...


Mainland Asia most southern, not Salak South ...
 
Utara pasangannya selatan dan timur pasangannya barat. Setiap makhluk ciptaan Tuhan ada pasangannya ...
 
Info gambar: Mengabadikan kenangan di titik terselatan tanah besar Asia yang terletak di Tanjung Piai, Johor.  Bertarikh 26.12.2009


Berat sama dipikul ...


Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing ...

Info gambar: Bersama - sama menukar tiub tayar Hairul yang bocor dalam perjalanan ke pekan Pontian, 25.12.2009

Cintai sungai kita ...


Cintai sungai kita ...

Sungai merupakan anugerah Tuhan dan perlu dijagai untuk generasi seterusnya ...

Info gambar: Berhampiran jambatan melintasi Sg. Ayer Baloi, dalam perjalanan menuju Tanjung Piai, 25.12.2009

Refreshment ...


Refreshment ...

Tiada yang lebih membahagiakan selain dari berhenti menikmati air tebu di gerai jalanan

Info gambar: Berhenti minum di gerai air tebu berhampiran pekan kecil Ayer Baloi, daerah Pontian, Johor

Semak samun kuredahi ...


Semak samun diredahi, semuanya atas nama KEPUASAN ...

Info gambar: Pokok dan semak yang tumbang berhampiran jambatan dalan laluan offroad di FRIM, 08.11.2009

09.10.11 ...


09.10.11 ...

Salah satu aktiviti di tarikh yang menarik selain dari bertunang, bernikah, dating dan sebagainya ( :

Info gambar: Kayuhan di FRIM pada 11.10.2009

Blue Territory ...


Blue territory ...

I see blue, i feel blue ...

Info gambar: Kedai makan berhampiran pintu masuk utama FRIM, 11.10.2009

Am I the leader ??


Am I the leader ??

Info gambar: Berhenti selepas tol lebuhraya MEX, kebetulan betul - betul di hadapan konvoi kereta mewah berjenama BMW & Porsche sementara menantikan kehadiran rakan untuk ke Taman Cabaran Putrajaya, 04.10.2009

Mesin lama ...


Mesin lama ...

Info gambar: Cannondale F3000 milik seorang rakan yang masih lagi digunakan oleh beliau sehingga hari ini

Segitiga emas metropolitan


Segitiga emas metropolitan ...

Segitiga atau segi tiga adalah nama suatu bentuk yang dibuat dari tiga sisi yang berupa garis lurus dan tiga sudut. Kenapa mesti segitiga ? Kenapa tidak segiempat, bulat, bujur dan sebagainya ...

Info gambar: Berbasikal di Kuala Lumpur, memasuki kawasan segitiga emas ibukota di Bintang Walk pada 02.10.2009

Menjelang Syawal 1430H


Menjelang Syawal 1430H ...

Sebelum anak - anak rantau pulang ke desa ...

Info gambar: Sessi penggambaran di sebuah jambatan Putrajaya sebelum masing - masing pulang ke kampung untuk menyambut hari lebaran, bertarikh 18.09.2009

The Three Musketeers


The Three Muskeeters ...

Berdua itu bagus, bertiga lebih baik ...

Info gambar: Bergambar kenangan di jeti Hutan Melintang, bertarikh 4 Syawal 1430H / 23.09.2009