[Klik untuk pembesaran imej] |
Pokok jejawi; unik, menarik, cantik, tapi sayang. Imejnya selalu dikaitkan dengan unsur-unsur mistik. Di dalam filem mahupun drama, ianya selalu digambarkan sebagai tempat makhlus-makhlus bertenggek.
Akibatnya, pokok secantik ini digelarkan sebagai 'pokok berhantu' baik oleh kanak-kanak, mahupun golongan dewasa. Kesian ...
Gambar di atas diambil di kawasan berhampiran Taman Rekreasi Pantai Morib, Selangor sempena kayuhan di cuti Hari Pekerja pada 1hb Mei 2012 lalu.
Pokok jejawi [info dari Wikipedia]
Pokok Ara Jejawi atau Jejawi (genus Ficus, subgenus Urostigma)
adalah subgenus kebanyakan spesies pokok ara tropika dengan sifat
pertumbuhan yang pelik. Ia adalah pokok besar yang mula tumbuh sebagai
biji benih yang tumbuh di atas pokok lain (atau binaan seperti bangunan
atau jambatan),
dimana burung yang makan benih ara meninggalkan biji benihnya. Akarnya
melilit turun dari batang pokok host, mencari tanah di bawah.
Apabila ia
mencecah tanah, akar pokok ara dengan cepat membesar dan mempulur. Di
mana akar ara melintas sesama sendiri, ia bercantum, membentuk jaringan
di sekeliling pokok host. Pokok Ara bersaing dengan pokok host bagi
mendapatkan cahaya, air dan galian, sementara akarnya menghalang pokok
host membesar. Akhirnya pokok host mati dan reput, meninggalkan pokok Ara
berdiri tegak seperti pokok yang lain, tetapi dengan batang berjalin dan bukannya batang padu.
Satu lagi ciri-ciri luar biasa bagi Jejawi adalah keupayannya
menghasilkan akar udara (adventitious) dari dahannya. Ciri-ciri
menghasilkan akar udara membenarkan sebatang pokok untuk melitupi
kawasan yang luas. Sebagaimana ahli lain dalam genus ini (yang termasuk ara boleh dimakan biasa Ficus carica), Jejawi memiliki buah unik dan proses ini dibantu oleh serangga.
Nota kasih:
Nota kasih:
Penghargaan tidak terhingga pada individu yang sudi klik pada iklan dalam laman ini ( :