* Translation *

24 June 2013

Khemah



[Klik untuk pembesaran imej]


Khemah
Pondok sementara (seperti yang didirikan oleh pengakap, pengembara dan lain-lain) yang dibuat dari kain tebal ATAU tempat berteduh yang biasanya dibuat dari kanvas yang disokong oleh tiang dan tali yang diikatkan pada pancang. Dalam bahasa Inggeris bermaksud tent atau camp.

Rujukan: Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP]

Nota
Khemah yang didirikan oleh penggiat aktiviti rekreasi di kawasan Gunung Brinchang, Cameron Highlands, Pahang. Perjalanan kayuhan saya di Cameron Highlands boleh dilihat di sini.

17 June 2013

Tokong



[Klik untuk pembesaran imej]


Tokong
Sama erti dengan perkataan rumah berhala, kuil, biara atau pura. Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai temple atau shrine.

Rujukan: Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP]

Nota:
Rumah ibadat ini bernama Tokong Cheng Hoon Teng. Saya melawat ke sini pada pagi Isnin 25hb Jun 2012 yang lalu sewaktu berkembara basikal solo di Melaka. Ia terletak di Jalan Tokong, yang juga dikenali sebagai Harmony Street. Jalan Tokong, Jalan Tukang Emas dan Jalan Tukang Besi membentuk rangkaian Harmony Street. Ia digelar sebegitu kerana menggambarkan keharmonian antara bangsa utama di Malaysia, dan rumah ibadat pelbagai agama terletak hampir antara satu sama lain. Rumah ibadat yang lain ialah Masjid Kampung Kling dan Kuil Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi.

Gambar perjalanan kembara solo saya di Melaka boleh dilihat di sini, sini, sini, sini, sini, sini, sini, sini, dan sini.

10 June 2013

Tangga



[Klik untuk pembesaran imej]

Tangga
Tempat tumpuan kaki yang bertingkat-tingkat untuk naik turun rumah  ATAU  alat untuk tumpuan memanjat (takuk pada pokok, sigai, dan lain-lain) ATAU bahagi­an daripada sesuatu yang bertingkat-tingkat, pering­kat, skala, tingkatan.

Bersinonim dengan sigai: injak-injak, takuk, takik, tokek, tubang, jenjang, tangga gerak dan eskalator.

Stair
A set of steps leading from one floor of a building to another, typically inside the building OR
one of a flight or series of steps for going from one level to another, as in a building OR A series of steps (or flights of steps), connected by landings, that permit passage between two or more levels or floors. 
Synonym with step - rung - tread - degree - stairway - staircase

Sumber:
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Google, Dictionary.com & Answers.com

03 June 2013

UPM



[Klik untuk pembesaran imej]

UPM
Universiti Putra Malaysia atau dahulu dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia, telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti iaitu fakulti Pertanian, Perhutanan, Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan. Ia terus kekal sebagai sebuah universiti tradisional yang memberikan tumpuan terutama kepada pendidikan ijazah pertama, penyelidikan dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan.

Penubuhan UPM diasaskan oleh gabungan Kolej Pertanian Malaya dengan Fakulti Pertanian, Universiti Malaya. Dr. Mohd Rashdan Baba adalah Naib Canselor yang pertama. Sebelum itu, Dr. Moh Rashdan Baba merupakan Pengetua Kolej Pertanian Malaya dari tahun 1965 hingga 1969. Bermula 23 Julai 1973, UPM telah memulakan sesi akademiknya dengan pengambilan seramai 1,559 pelajar. Pelajar-pelajar tersebut memulakan pengajian di tiga buah fakulti pengasas, iaitu Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan, Fakulti Pertanian dan Fakulti Perhutanan. 

UPM telah mengeluarkan graduan pertamanya pada Majlis Konvokesyen pertamanya pada 30 Julai 1977. Pada awal tahun 1980-an, skop pengajian UPM telah dikembangkan dengan memperkenal bidang sains dan teknologi dalam bidang pengajian yang ditawarkan. Sebagai sebuah universiti yang dinamik dan sensintif kepada tuntutan semasa dan peningkatan pembangunan, UPM menambahkan bidang baru dalam program pengajian sperti sains sosial dan kesenian, teknologi maklumat dan perubatan sebagai persediaan untuk menjadi universiti abad ke-21.

Pada tahun 1994, UPM memulakan satu rancangan yang bercita-cita tinggi untuk membina Universiti Masa Hadapan yang menyediakan sistem-sistem penyampaian yang lebih baik dan terkini dalam pendidikan sains dan teknologi dengan memanfaatkan bidang teknologi maklumat (IT) yang sedang pesat berkembang. UPM telah bertukar dengan pesatnya menjadi kampus tanpa sempadan yang melampaui sempadan kebangsaan.

Kemuncak dari itu, berlakulah penukaran nama Universiti Pertanian Malaysia kepada Universiti Putra Malaysia pada 3 April 1997 oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad. la adalah merupakan satu langkah strategik untuk mencerminkan kedudukan UPM sebagai sebuah pusat pengajian tinggi yang berupaya menawarkan pelbagai program pengajian bagi menghadapi alaf baru pembangunan masa hadapan negara.

UPM merupakan salah sebuah daripada 5 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan. Lagu rasmi UPM ialah "Putra Gemilang".

Sejarah penubuhan

Penubuhan UPM mula dikesan sejak penubuhan Sekolah Pertanian pada 21 Mei 1931 yang memberi tumpuan dan penekanan kepada bidang pertanian di Tanah Melayu. John Scott, Pegawai Pentadbir Kerajaan negeri-negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi 'Ex-Officio' Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada masa itu, merupakan orang yang bertanggungjawab mengasaskan penubuhan Sekolah Pertanian yang berkeluasan 8.8 hektar di kawasan Serdang, Selangor. Sekolah ini bertujuan menyediakan pegawai-pegawai bagi Jabatan Pertanian telah beroperasi selama 10 tahun sehinggalah Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union telah mengisytiharkan bahawa Sekolah Pertanian tersebut dinaik taraf menjadi Kolej Pertanian Malaya pada 23 Jun 1947.

Bermula dengan naik taraf ini, kecermelangan kolej semakin mendapat perhatian sehingga timbul cadangan untuk menaikkan taraf kolej ini menjadi sebuah universiti. Namun, hasrat ini tertangguh berikutan meletusnya darurat pada pertengahan tahun 1948. Pada tahun 1960, Fakulti Pertanian Universiti Malaya telah ditubuhkan dan pada 1 Januari 1962 satu status telah diluluskan untuk menjadikan Majlis Kolej Pertanian Malaya sebagai satu pihak berkuasa Universiti Malaya.

Selaras dengan kepentingan sektor pertanian kepada ekonomi negara, peranan kolej ini adalah sangat penting. Justeru, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 7.9 juta bagi melaksanakan pembangunan dalam Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970). Peruntukan yang diterima digunakan bagi mempertingkatkan pengambilan pelajar, membina dewan kuliah, meluaskan kawasan bagi perkembangan kolej, menambah makmal sains serta menambah bilangan pegawainya.

Hasrat menubuhkan sebuah universiti pertanian yang menawarkan program pengajian di peringkat ijazah semakin cerah apabila hasrat tersebut diutarakan oleh Tun Abdul Razak Hussein, Timbalan Perdana Menteri semasa merasmikan bangunan tambahan Kolej Pertanian Malaya di Serdang pada 31 Mac 1969. Penubuhan Universiti Pertanian Malaysia ini akhirnya menjadi kenyataan dan telah diaktakan sebagai satu Perintah Perbadanan yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, dan disiarkan menerusi Warta Kerajaan P.U. (A) 387 pada 29 Oktober 1971.

Logo

Logo UPM yang ringkas melambangkan tradisi, falsafah dan visi baru universiti.

Asas logo terbina daripada bentuk perisai yang secara tradisinya melambangkan prinsip, kemantapan dan penjagaan martabat ilmu untuk kebahagiaan dan kesejahteraan sejagat.

Bentuk titisan air merupakan simbolik kepada komitmen universiti untuk memelihara alam sekitar. Air juga adalah sebagai asas kehidupan sebagaimana juga ilmu adalah sebagai asas untuk mencapai kemajuan manusia.

Garisan kecil di tengah melambangkan wawasan universiti yang sentiasa ke hadapan. Tiga garisan di kiri dan di kanan ialah simbol dahan yang melambangkan kepentingan pertanian dalam kelangsungan kehidupan dan kemakmuran manusia yang merupakan tumpuan dan kekuatan UPM. Tiga garisan itu juga membawa maksud tiga fungsi utama Universiti iaitu pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan.

Buku yang berada di sebelah atas melambangkan keunggulan Universiti sebagai gapura yang menjunjung, menjana dan meneroka ilmu untuk kebahagian dan kesejahteraan sejagat.

Warna merah melambangkan dinamisme kepada tradisi perjuangan ilmu dan juga semangat perintis, keberanian dan ketahanan menghadapi cabaran. Warna putih melambangkan keikhlasan dan ketelusan. Warna kelabu melambangkan keneutralan, keluwesan dan ketekalan.

Kombinasi warna merah, kelabu dan putih bermaksud keharmonian, kestabilan, keceriaan, kematangan dan dinamisme.

Konsep bentuk perisai ini diperkukuh lagi dengan huruf 'UPM' yang menjadi singkatan kepada Universiti Putra Malaysia.

Sumber rujukan dari Wikipedia

Nota: Perjalanan kayuhan saya ke UPM boleh dilihat di sini.

KL


[Klik untuk pembesaran imej]

KL
Disebut sebagai 'Kei El', ianya adalah singkatan dari perkataan 'Kuala Lumpur'. Menjadi kelaziman buat warga Malaysia menyebut KL bagi merujuk kepada metropolitan Kuala Lumpur. Baik yang tinggal di bandar, mahupun di desa boleh dikatakan semua memahami singkatan ini.

Tidak hanya digunakan oleh warga Malaysia, ianya kini turut digunapakai oleh warga luar negara yang bertugas, melancong mahupun belajar di Kuala Lumpur. Terfikir sejenak di minda, adakah bandaraya lain di seluruh dunia turut menggunakan singkatan untuk mewakili tempat mereka tinggal. Apakah ada yang memanggil BKK untuk Bangkok, ataupun SG untuk Singapura. Hanya yang dapat saya fikirkan ialah DC, bagi mewakili kota Washington DC. Itupun ianya tidak setepat ringkasan nama Kuala Lumpur disebut.

Gambar di atas diambil ketika penulis berkunjung ke Galeri Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan dengan Dataran Merdeka. Ketika itu, keluarga di dalam gambar ini sedang bergaya bagi diambil gambar mereka oleh sang ibu.

Nota:

Perjalanan kayuhan saya ke KL boleh dilihat di sini.
Penulis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan pada individu yang sudi klik pada ruangan iklan di sebelah tepi artikel ini. Terima kasih ( :