* Translation *

05 November 2012

Beca



[Klik untuk pembesaran imej]

Beca, merupakan basikal yang diubahsuai bagi maksud membawa penumpang. Sebelum adanya kemajuan sistem pengangkutan awam seperti hari ini, ia adalah antara pengangkutan darat utama.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mentakrifkan beca sebagai "sejenis kenderaan beroda tiga untuk seorang atau dua penumpang yang dikayuh oleh seseorang atau kenderaan beroda tiga yang kebanyakannya dikayuh seperti basikal."

Mengikut pemerhatian saya, terdapat dua jenis rekabentuk beca iaitu yang pertama kedudukan penumpangnya berada di sisi tepi pengayuh dan yang kedua kedudukan penumpang berada di hadapan pengayuh.

Angka bilangan pengayuh beca bagi tujuan pengangkutan sudah semakin berkurangan, walaubagaimanapun ianya masih boleh dilihat beroperasi di beberapa lokasi dengan maksud pelancongan, iaitu membawa penumpangnya bersiar-siar mengelilingi kota dengan dikenakan bayaran tertentu mengikut masa.

Bagi menarik perhatian, beca dilengkapi dengan pelbagai aksesori; diantaranya mempunyai hiasan bunga, sistem audio, dilengkapi lampu hiasan dan tidak kurang juga pengayuhnya yang mengenakan pakaian beragam.

Info gambar:
Sebuah beca berhias, menunggu bakal penumpangnya di hadapan bangunan merah yang masyhur di Melaka, Stadhuys. Gambar diambil ketika berkembara basikal solo Melaka – Shah Alam pada 24hb Jun 2012 lalu.

* Penghargaan tidak terhingga pada individu yang sudi klik pada iklan dalam laman ini ( :

4 comments:

vendoline said...

hehehe meriahnya beca....ni kalau bawak 120km/h terbang habis semua hiasan

Azizan Zolkipli said...

@Edy Fee: Usahkan 120 km/h bro, jika ia larat kayuh pada kelajuan 45 km/h pun udah habis semua hiasan berterabur hehehe ...

comel@Nasriah said...

Ok apa...exercise tu buang lemk bdn trkumpul hihi. Kalau la ada beca d kg saya alangkah sronoknya.

Azizan Zolkipli said...

comel@Nasriah: Aikkk, kampung kamu di mana tu ? Takpelah, datanglah melawat Melaka boleh naik beca hihihihi ...