* Translation *

29 April 2011

Taiping ...


Taiping ...

Nama Taiping diambil dari dua karakter Cina (tai - 'great' / besar) and (ping - 'peace' / keamanan). Taiping merupakan sebuah bandar yang terletak di bahagian utara Perak, Malaysia. Dengan jumlah penduduk 191,104 (tahun 2007), ia merupakan bandar kedua terbesar di Perak selepas ibu negeri, Ipoh. Taiping mengambil alih peranan Kuala Kangsar sebagai ibu negeri dari tahun 1876 hingga 1937, tetapi kemudian digantikan oleh Ipoh. Kemajuannya perlahan setelah itu, tapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini kota ini telah kembali berkembang pesat.


Taiping juga menerima perhatian kerana menjadi bandar paling lembap di Semenanjung Malaysia. Curahan hujan tahunan purata sekitar 4,000 mm di Taiping sedangkan purata di Semenanjung Malaysia adalah 2,000 mm - 2,500 mm. Curahan hujan yang luar biasa ini juga menyebabkan suburnya koleksi flora dan pokok hujan (rain tree) yang berumur seabad (century old) di Taman Tasik Taiping.
Info gambar: Menikmati pemandangan di Taman Tasik Taiping, Taiping, Perak.

1 comment:

farissshafee2 said...

am keen more on the set piece displayed sending the sheer journey, historically reliving as if happen so alive, at present and I mean as of now

the backdrop completes the scenery amidst described telling above, great work brother