* Translation *

30 August 2011

Maaf


 

Maaf
Bersinonim (sama erti) dengan ampun, magfirat atau belas kasihan.

Hendak berumah berumah pula,
Rumah saya di tengah huma,
Hendak bermaaf bermaaf pula, 
Maaf seorang maaf semua. 

Info gambar:
Ketika mengunjungi  rumah seorang sahabat di Sungai Manik, Teluk Intan, Perak pada 1 Syawal 1432H bersamaan 30hb Ogos 2011


28 August 2011

Masjid Putra





Masjid Putra
Masjid Putra, merupakan salah sebuah masjid utama di Putrajaya selain masjid yang baru dibina iaitu Masjid Tuanku Mizan. Pembinaan masjid bermula pada tahun 1997 dan telah siap dua tahun kemudian. Ia terletak bersebelahan dengan Perdana Putra yang menempatkan pejabat Perdana Menteri Malaysia dan tasik buatan manusia, Tasik Putrajaya. Di hadapan masjid terdapat dataran luas dengan tiang bendera yang menempatkan bendera negeri - negeri di Malaysia.

Informasi senibina:
Gaya: Islamik, Moden, Moor
Tinggi kubah (dome) luaran: 50 meter
Jumlah menara (minaret): Sebuah
Tinggi menara: 116 meter
Kos pembinaan: RM 250 juta (80 juta USD)

Info gambar:
Sewaktu bersiar - siar di Putrajaya pada pagi Ahad, 1hb Jan 2011 sekembalinya dari menyertai Putrajaya Interpark Ride - Ambang 2011 pada malam sebelumnya.


27 August 2011

RASA


RASA ...
Bersinonim (sama erti) dengan perkataan fikir, kira, ingat dan agak

Puisi:
Baju dipakai baju yang mana,
     Ingin serai rimbun ke daun;
Tinggal sekejap sebulan rasa,
     Rasa berkecai beribu tahun.

Peribahasa:
Rasa tak mengapa hidung dikeluani
Bermaksud: Orang yang membiarkan dirinya diperbodohi orang.

Info gambar:
Di tempat meletak kereta bersebelahan Istana Kehakiman Putrajaya, sewaktu menyertai kayuhan amal Ride For Gaza: We Ride, We Care ! pada 16hb Jan 2011 lalu


25 August 2011

Warna


Warna ...
Bersinonim (sama erti) dengan rona, dondon, ragi mahupun ragam: corak, sifat & keadaan.

Info gambar:
Melalui terowong hubungan Taman Tasik Perdana - Muzium Negara ketika menjejaki laluan offroad Taman Tasik Perdana pada 12hb Dis. 2010 lalu.


Muzium Negara


Muzium Negara

Muzium Negara adalah sebuah muzium yang terletak di Jalan Damansara di Kuala Lumpur, Malaysia. Muzium ini terletak berdekatan Taman Tasik Perdana dan ia menyediakan satu gambaran keseluruhan sejarah dan budaya Malaysia. Muzium Negara adalah struktur yang dibina dalam gaya Rumah Gadang, satu aspek seni bina Minangkabau. Rekaan bangunan terdiri daripada unsur-unsur Melayu tradisional dan ciri-ciri moden. Ia berfungsi sebagai suatu repositori yang kaya dengan warisan budaya dan sejarah Malaysia. Dekorasi dindingnya menggambarkan sejarah Malaysia di Muzium Negara. 

Muzium Negara berstruktur tiga tingkat dengan berukuran 109.7 meter panjang, 15.1 meter lebar dan 37.6 meter pada titik pusat. Muzium ini menempatkan empat galeri utama yang diperuntukkan untuk ilmu bangsa-bangsa dan sejarah semulajadi. Memaparkan pelbagai pameran yang menunjukkan acara kebudayaan seperti majlis perkahwinan, perayaan, kostum, senjata tradisional, alat muzik, seni dan kraftangan, seramik, serta flora dan fauna. 

Muzium Negara telah ditubuhkan di bekas tapak Muzium Selangor. Ia telah dibina oleh kerajaan Selangor dan British pada tahun 1898 berikutan pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. Pada 10 Mac, 1945, pada akhir Perang Dunia II, bahagian sayap kanan muzium telah dibom dan dimusnahkan oleh pesawat pengebom AS B-29, dari Tentera Bersekutu. 

Selepas Perang Dunia II, bahagian sayap kiri Muzium Selangor itu masih digunakan sebagai tapak sejarah. Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957, kerajaan persekutuan memutuskan untuk membina muzium negara di tapak lama Muzium Selangor. Pembinaannya bermula pada tahun 1959 dan selesai pada tahun 1963. Muzium Negara telah dibuka secara rasmi pada 31 Ogos, 1963. 

Dipetik dari http://en.wikipedia.org/wiki/Muzium_Negara 

Info gambar:
Singgah sebentar di Muzium Negara, ketika sessi menjejak laluan offroad Taman Tasik Perdana pada 12hb Dis. 2010 lalu 


22 August 2011

Cat Eye


Cat Eye

Cat Eye merupakan satu jenama yang agak tersohor dalam dunia berbasikal. Produk - produknya meliputi komputer mini (meter), lampu hadapan (headlight), lampu keselamatan (blinker/rear light), aksesori lain (rearview mirror/bottle cage), dan pembalik cahaya (reflector).

Info gambar:
Geng Pedal Krem Riders membuat aksi 'cat eye' selepas tamatnya acara berbasikal malam ECC Nite Ride di Melaka pada 30hb Okt 2010.


19 August 2011

Tidur



Tidur ...

Perkataan tidur bersinonim (sama erti) dengan "beradu, membuta, mereluh, menereluh, beroloh, mengadar dan bobok" ... 

Info gambar:
Abang Sam sempat tidur di bangku berhampiran tandas plaza R & R lebuhraya LEKAS ketika melakukan touring KL - Port Dickson - KL pada 22hb Okt 2010. 


18 August 2011

Proton jumpa Proton



Proton jumpa Proton ...

Kereta nasional pertama negara, Proton Saga bersua basikal jenama Proton T Blaze ...


Proton Saga:
Proton Saga dilancarkan pada September 1985 oleh Perdana Menteri Malaysia, Mahathir bin Mohamad. Sebelum pengeluaran Proton Saga, pertandingan telah diadakan untuk memilih nama kereta kebangsaan yang pertama, dan nama Saga telah dipilih daripada pemenang peraduan, encik Ismail Jaafar, seorang pesara tentera. Apabila ditanya mengapa dia memilih nama ini, beliau menjawab "saga" (Abrus precatorius) adalah jenis bijian yang lembut (soft), rapuh (fragile) tetapi produktif yang biasa dijumpai di Malaysia, dan secara berseloroh bahawa Proton Saga berenjin 1.3 liter adalah "kukuh seperti biji saga".

Model Saga awal dikuasakan oleh enjin SOHC 8 injap 4-silinder berenjin petrol yang diperoleh daripada syarikat Mitsubishi, terdapat pada kadaran kuasa 1.3 dan  1.5-liter. Kedua-dua enjin telah disediakan dengan transmisi manual 5-kelajuan, tetapi kelajuan 3-Mitsubishi Tri-matic automatik boleh didapati dengan enjin 1.5-liter pada tahun 1987. Saga pada asalnya ditawarkan sebagai kereta saloon 4 pintu, diikuti dengan penambahan varian hatchback yang diperkenalkan pada 1988 sebagai Proton Knight dan kemudiannya dikenali sebagai Saga Aeroback. Proton Knight telah direka bentuk untuk pasaran Eropah sebagai hatchback dan popular di United Kingdom.

Sumber dari http://en.wikipedia.org/wiki/Proton_Saga 

Proton T Blaze:
Kerangka T-Blaze dengan binaan aloi-gentian karbon yang unik, menawarkan kekuatan dan ringan untuk basikalis yang ingin menghabiskan cuti hujung minggu dengan melarikan diri dari kawasan kota. Dengan reka bentuk geometri yang dipatenkan, pembinaan karbon-aloi menawarkan perjalanan yang selesa tanpa perlu bergantung kepada penggantungan belakang.

Dipetik dari iklan di http://www.proton2020.com/tblaze.asp  

Info gambar:
Di ruang pameran luar Muzium Negara, sewaktu penjejakan kali kedua untuk mengesahkan laluan offroad Taman Tasik Perdana bertarikh 25hb Dis, cuti Hari Krismas 2010.


16 August 2011

Bapak borek anak rintik


Bapak borek, anak rintik ...

Peribahasa Melayu lama ini membawa maksud, "apa sahaja perkara mahupun perbuatan bapa sama ada baik atau pun tidak akan dituruti anaknya" ...

Info gambar:
Seorang ekspatriat (warga luar negara yang bertugas di Malaysia) membawa anak perempuannya yang masih kecil untuk menyertai kayuhan hash di Broga - Lenggeng, anjuran KLMBH pada 28hb Nov 2010 lalu.



14 August 2011

Penantian


Penantian ...
Dari perkataan dasar, nanti yang bermaksud "duduk di sesuatu tempat sehingga tiba sesuatu atau sehingga berlaku sesuatu; menunggu" ...  

Info gambar:
Adzmin setia menunggu rakan - rakan yang lain membersihkan basikal mereka, selepas berkayuh pada malam hari di Taman Cabaran Putrajaya pada 01.10.2010. Kayuhan pada waktu malam ini dilakukan sebagai persediaan mental dan fizikal serta pengujian sistem lampu basikal masing - masing sebelum memasuki kayuhan ECC Melaka pada 30hb Okt 2010.


12 August 2011

Panasss ...


Panasss ...  
Dalam konteks 'matahari', panas bersinonim (kata seerti) dengan panas terik, berbahang, dan berkuap manakala berantonim (kata lawan) dengan redup.

Info gambar:
Cuaca panas tidak menghalang Wakjan untuk layan berbasikal ...Oppsss helmet jangan dilupakan ( :
Beroffroad bersama - sama geng Pedal Krem Riders di Taman Cabaran Putrajaya pada 26.09.2010



09 August 2011

R & R: Rehat & Rawat


R & R = Rehat & Rawat ...

Rehat = keadaan bebas daripada sebarang aktiviti, gerakan dan sebagainya
Rawat = pulih kembali seperti sediakala, kembali kepada keadaan asal


Info gambar:
Ah Chong sedang menjalani proses rehat dan rawatnya di sebuah wakaf yang disediakan. Lokasi di plaza R & R Beranang lebuhraya LEKAS sewaktu Kayuhan Senandung Malam ke Mantin pada 17.09.2010



03 August 2011

Ayuh, mari kita KELUAR !!


Ayuh, mari kita keluar !! Outdo yourself !!

Info gambar:
Sewaktu kayuhan Senandung Malam ke Mantin melalui Lebuhraya LEKAS pada 17.09.2010 yang lalu