* Translation *

15 October 2012

Basikal Chopper


[Klik untuk pembesaran gambar]

Pada yang meminati cerita Ali Baba Bujang Lapok arahan dan lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee, mesti akan teringat aksi dimana beliau ketika itu membawa basikal ini pulang dari kota Baghdad. Kemudian satu dialog terpacul dari seorang sarjan merangkap ketua lanun yang dilakonkan oleh arwah Ibrahim Pendek berbunyi, "binatang apa dia tunggang ?"

Nostalgia basikal ini turut berada dalam memori saya ketika kecil. Sekitar tahun 1980'an, saya bermain-main dengannya ketika pulang ke rumah opah di Teluk Intan, Perak. Tidak diingati kepunyaan siapa basikal tersebut, kemungkinan anak jiran yang menyewa di salah satu rumah opah. Masih diingati lagi, basikal tersebut mempunyai gear tangan seakan gear transmisi automatik kereta pada hari ini. Siapalah saya pada ketika itu yang terlalu mentah untuk mengetahui tentang spesifikasi basikal chopper ini.

Info lanjut mengenai basikal Chopper penghasilan syarikat Raleigh Bicycle Company of Nottingham, England ini boleh dibaca di sini. Info dalam Wikipedia tersebut adalah dalam bahasa Inggeris.

Gambar ini diambil di deretan kedai lama kawasan Kampung Pantai, Melaka ketika membuat kembara berbasikal solo pada Jun 2012 lalu. 

Nota ingatan kasih:
Penghargaan tidak terhingga pada individu yang sudi klik pada iklan dalam laman ini ( :

14 comments:

Dr Singa said...

saya ada basikal chopper dulu!!
giar dia kat tengah tengah palang basikal..

saya dah klik lagi !!

Azizan Zolkipli said...

@Dr Singa: Wahhh, ada lagi tak sekarang ? Kalau ada, bagi kat saya ekk [sambil mata kelip2].

Terima kasih ! Sayang sapa2 yang sudi klik pada iklan tu ( :

chemistry student said...

tak pernah tahu ada chopper, tp saya membayangkan basikal chopper ni mcam naik superbike. Mesti sek** kalau girls naik sebab tempat duduknya kat atas. ha aha ha

Azizan Zolkipli said...

@chemistry student: Ohhh, hmmm sebab tak minat basikal ataupun di persekitaran takde orang yang memiliki basikal Chopper ni kot. Ohhh, takmo pakai skirt bila naik basikal ni, nanti 'cekci' ekekeke ...

Telor Power said...

ok dah klik...

tapi kan beskal ni dah jadi lagenda dah...susah nak jumpa

Azizan Zolkipli said...

@Telor Power: Terima kasih bro ! Pernah terbaca dalam artikel akhbar, cecah harga RM3.5k pun ada ooo ...

gadisBunga™ said...

rasanya saya penah cuba kayuh basikal ala2 chopper tu masa form 1 dulu. jatuh masuk longkang. :D

Azizan Zolkipli said...

@gadisBunga: Ololololo, kesian diaaaaa ... [hihihi: gelak kecil]. Mesti kiut kan masa jatuh tu ( :

CiKPuaNLawA said...

salam pak cik...

lama tak singgah sini...

mana stoberi sayaaaa... ahahahaaa

Azizan Zolkipli said...

CiKPuaNLawA: Wassalam. Terima kasih atas singgahannya. Stoberi ? Semua dah habis, pelancong datang borong hehehe ...

azmani idris said...

salam..sekadar berkongsi info.dulu saya pun ingat chopper adalah beskal yg ditunggang p.ramlee, tapi silap.basikal dia bawak bukan chopper.tapi basikal kecik.boleh tgk sedutan filem di link ni:
http://www.youtube.com/watch?v=tFu-GqbhLdw
contoh beskal saya search jumpa kat link ni.boleh tgk di link ni:
http://norkiahs.blogspot.com/2011/06/kenduri.html

Azizan Zolkipli said...

@azmani idris: Terima kasih atas perkongsian itu. Baiklah, saya akan telitikan klip video itu ...

Neko Neko said...

saya baru first time tgok basikal chopper 2 hari lepas time saya geledah stor belakang rumah xp
sungguh tak disangka xD

Azizan Zolkipli said...

@Neko Neko: Kalau katakan taknak basikal chopper tu, sila hadiahkan pada saya hehehe ...