* Translation *

20 May 2013

Kaw. = Kawasan


[Klik untuk pembesaran imej]

Kawasan
Ia adalah kata nama yang maknanya bersinonim dengan perkataan seperti daerah / wilayah / mukim / kampung / bahagian / seksyen / jajahan / zon / medan / kampus / gelanggang / arena / pekarangan / parak dan juga halaman. [Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)]

Gambar ini diambil ketika penulis 'berbasikal ke tempat kerja' menggunakan laluan sikal menghala Kuala Lumpur di Lebuhraya Persekutuan, berhampiran susur keluar ke Jalan Lapangan Terbang Sultan Sallehhuddin Abdul Aziz Shah (Jalan LTSSAAS), di Subang.

Jika dibaca seimbas lalu, perkataan 'Kaw.' itu mungkin kelihatan sebagai kaw (disebut: kau), bahasa slanga yang bermaksud amat atau teruk. Ini mungkin bersesuaian dengan kawasan itu yang dilihat teruk dibanjiri lumpur ketika hujan lebat. [hihihi ... <gelak kecil>]

Nota:

Penulis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan pada individu yang sudi klik pada ruangan iklan di sebelah tepi artikel ini. Terima kasih ( :

5 comments:

Rapunzeel Cikilolo said...

naik basikal ke tempat kerja??

ammbooih...

Mohd Pk said...

tulis nya pendak,bacaanya panjang..As-salam

ermafatiha said...

jimat ruang jimat kos signboard. Less huruf, less payment. haha

Azizan Zolkipli said...

@Rapunzeel Cikilolo: iya ... awat, tak percaya pada cheq kaaaa ? hihihi ...

Azizan Zolkipli said...

Mohd Pk: hehehe ... alif ya mim, buaya ! ooppsss, dah macam cerita P Ramlee pulak ( :