* Translation *

23 March 2015

Laman Seni Seksyen 2

[ Klik untuk pembesaran imej ]

Seni lukisan dinding (graffiti mahupun mural), filem-filem lakonan Allahyarham P Ramlee serta rakan-rakan beliau, basikal dan juga kucing. Semua ini menjadi obsesi saya dalam kehidupan. Dalam ketidaksengajaan ketika berkembara berbasikal, kesemua ini dapat saya satukannya dalam sebuah foto.

Ini terjadi ketika saya melihat-lihat hasil seni di sebuah lorong yang dinamakan sebagai Laman Seni Seksyen 2, Shah Alam. Hendak mencari lokasi tempat ini, ahhhh senang sahaja. Rujuk peta yang saya lampirkan di bawah.


[ Klik untuk pembesaran imej ]


Korang cari deretan kedai antara Jalan Bunga Melur 2/18 dan Jalan Bunga Tanjung 2/16. Hasil-hasil seni itu terdapat di lorong belakang kedua deretan kedai tersebut. Masih gagal mencari ? Haaa itu kena ajak saya jadi penunjuk arah, dengan syarat kena belanja makan ABC Fradoo hehehe ...

6 comments:

SuzieLAWAti said...

itu jer gambo..?!...

nak lagii...!!!

Azizan Zolkipli said...

@SuzieLAWAti: yang lain tu nantikan kemunculannya dalam blog fotografi yang kakak ucu ( :

mrs.smile said...

saya taknak pergi laman seni tu tapi nak pergi cari ABC fradoo!

Azizan Zolkipli said...

@mrs.smile Sila culik saya dan belanja makan ABC Fradoo tu. Kbaiii ( :

gadisBunga™ said...

yawnnnn..!!!!!!!!!

Azizan Zolkipli said...

@gadisBunga: Terima kasih adek comel atas komentar anda ( :