* Translation *

30 October 2011

MCKK


[klik pada gambar untuk pembesaran imej]


MCKK 
Malay College Kuala Kangsar (Malay College, MCKK, MC atau Kolet, Koleq dan kadang-kadang digelar "the Eton of the East") adalah sebuah sekolah berasrama ulung (premier) di Malaysia. Ia adalah sekolah lelaki Melayu (all-boys, all-Malayyang terletak di bandar diraja Kuala Kangsar, Perak. Dalam bahasa Melayu, ia dikenali sebagai Kolej Melayu Kuala Kangsar atau dahulunya Maktab Melayu Kuala Kangsar. Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) adalah sekolah berasrama penuh yang pertama di Malaysia. Ditubuhkan pada 2hb Januari 1905, ia pada asalnya dikenali sebagai Sekolah Berasrama Melayu Kuala Kangsar.  

Ciri-ciri yang paling dikenali bagi sekolah ini ialah bangunan yang dipanggil Big School (dibina pada tahun 1909), sebuah bangunan dengan seni bina pseudo Greco-Roman yang terletak di hadapan padang ragbi. Satu lagi unsur utama sekolah ialah Big Tree, pokok (spesis Samanea saman) yang dikatakan sebaya umurnya dengan sekolah itu sendiri, jika tidak pun ia lebih tua.

Sumber: Laman rasmi MCKK & Wikipedia

27 October 2011

Halang


[Klik pada gambar untuk pembesaran imej]


Halang
Bermaksud rintang / sekat / tutup / redam / lintang / palang / kekang. Dalam bahasa Inggeris, bermakna obstacle / obstruction / to prevent / to block / to hamper / hinder / delay of progress.

23 October 2011

Beca


   

Beca
Dikenali sebagai cycle rickshaw dalam bahasa Inggeris, ia adalah satu cara pengangkutan berskala kecil bagi warga tempatan sesuatu lokasi. Ia turut dipanggil dengan pelbagai nama lain seperti velotaxi, pedicab, bikecab, cyclo, becak, trishaw atau sekadar rickshaw. Beca adalah seratus peratus berkuasa manusia, beroda tiga yang direka bentuk untuk membawa penumpang, sebagai tambahan kepada pemandunya. Ia sering digunakan dengan menggunakan konsep 'sewa dan naik'. Beca digunakan secara meluas di bandar-bandar utama seluruh dunia, tetapi kebanyakannya digunakan di bandar-bandar Selatan, Asia Tenggara dan Asia Timur dunia.

Terdapat sesetengah konfigurasi beca dilengkapi dengan motor elektrik untuk membantu pemandu. Pedicab berkuasa elektrik telah diharamkan di New York City pada Januari 2008. Majlis bandaran (city council) mereka memutuskan untuk membenarkan Pedicab yang hanya digerakkan oleh tenaga manusia. Bandar Toronto, Kanada turut mengambil keputusan untuk tidak mengeluarkan permit kepada Pedicab yang dibantu dengan kuasa elektrik. 

Beca dikenali sebagai cyclo di Cambodia dan Vietnam, cycle rickshaw di India dan Bangladesh; beca, dipermudahkan dari beca roda tiga di Malaysia dan Singapura; becak di Indonesia; padyak atau traysikad di Filipina. Beca dinamakan sebagai saika di Burma, terjemahan dari perkataan bahasa Inggeris 'side car'. Di United Kingdom dan Amerika Syarikat, ianya lebih dikenali sebagai pedicab. Di Buffalo, New York, jenis kenderaan ini digelar bike taxi. Di Mexico pula, ia digelar bicitaxi atau taxi ecologico (dari bahasa Inggeris, 'ecological taxi'). 

Konfigurasi tempat duduk pemandu dan penumpang berbeza mengikut reka bentuk, walaupun tempat duduk penumpang biasanya terletak di atas rentang gandar terpanjang (span of the longest axle). Sebagai contoh, di sebahagian besar Asia Selatan, tempat duduk penumpang terletak di belakang pemandu (beca bentuk segi tiga atau dipanggil 'delta'), manakala di Indonesia dan Vietnam pemandu duduk di belakang tempat duduk penumpang (beca bentuk 'berudu' atau 'tadpole'). Di Filipina, kerusi penumpang biasanya terletak di sebelah pemandu (beca bentuk 'sisi' atau 'side car'). 

Tuan empunya beca biasanya akan memakai atau memasang beberapa jenis alat perlindungan baik untuk diri mereka sendiri mahupun kepada pelanggan-pelanggannya. Ia mungkin berupa sebuah topi yang dipakai di kepala atau sekaki payung yang dipasang khas untuk diri mereka; sistem bumbung 'lipat-teduh' untuk melindungi pelanggannya dari panas matahari atau sekeping plastik jernih besar untuk untuk memastikan mereka kering semasa hujan tropika. 

Di Thailand, sebarang kenderaan beroda tiga digelar sebagai samlor (tulisan Thai: สามล้อ, bermakna 'tiga roda'). Ini termasuklah beca yang membawa penumpang, basikal atau motorsikal yang dikhaskan untuk membawa barangan dagangan dan sebagainya. Pemandu kenderaan beroda tiga itu juga digelarkan sebagai samlor. 

Nota:
Olahan maklumat dari sumber di laman web David Atkinson dan Wikipedia

    11 October 2011

    Sokongan Sosial



    Sokongan Sosial
    Menurut Cobb (1976), sokongan sosial ditakrifkan sebagai keyakinan individu bahawa ia disayangi, dihormati dan dihargai serta merasakan ia wujud dalam jaringan komunikasi dan obligasi sosial.

    Mental Health Information and Determinants for the European Level (MINDFUL) pula mendefinisikan sokongan sosial sebagai merasakan kehadiran orang yang boleh dipercayai iaitu seseorang individu yang boleh mengambil berat dan menghargai orang lain sebagai seorang insan. 

    "kepelbagaian tingkah laku membantu dalam bentuk kebendaan, kasih sayang, dan nasihat yang diberi dalam interaksi sosial" ...
     
    Nota:
    Bulat (bukan nama sebenar) ditemani oleh isterinya Azlen ketika permulaan acara kayuhan sempena program Green the Earth anjuran Kelab OGKL.


    06 October 2011

    Wikang



    Wikang
    Modifikasi dari perkataan bahasa Inggeris, wheelie, dan digabung dengan perkataan roda belakang menjadi 'wheelie - roda belakang', dipendekkan menjadi whee-kang ataupun wikang.

    Perkataan wheelie dalam bahasa Inggeris bermaksud aksi lagak ngeri (stunt) dimana roda hadapan sesuatu kenderaan, seperti motorsikal atau basikal, dinaikkan supaya kenderaan itu diimbangkan hanya dengan menggunakan roda belakangnya sahaja. 

    Maka oleh itu istilah wikang bolehlah dianggap perkataan lawan erti bagi wheelie.

    Nota:
    Aksi yang tidak disengajakan dari Izzat, tersalah memilih laluan dan termasuk ke jalan yang teruk sewaktu downhill di ladang Institut Penyelidikan Getah (RRI) mengakibatkan terjadinya aksi wikang.

    Pindaan artikel [bertarikh 11hb Okt 2011] 

    Stoppie
    Stoppie (juga dikenali sebagai Endo) adalah aksi sesebuah motorsikal mahupun basikal dimana penunggangnya menaikkan roda belakang dan ianya ditunggang dengan roda hadapan secara mengimbangi disamping mengenakan tekanan brek yang dikawal secara berhati - hati. Ianya juga kadang - kadang digelar sebagai front wheelie.

    Terima kasih pada encik Ady Minhad untuk perkongsian istilah stoppie ini ( :