* Translation *

30 October 2011

MCKK


[klik pada gambar untuk pembesaran imej]


MCKK 
Malay College Kuala Kangsar (Malay College, MCKK, MC atau Kolet, Koleq dan kadang-kadang digelar "the Eton of the East") adalah sebuah sekolah berasrama ulung (premier) di Malaysia. Ia adalah sekolah lelaki Melayu (all-boys, all-Malayyang terletak di bandar diraja Kuala Kangsar, Perak. Dalam bahasa Melayu, ia dikenali sebagai Kolej Melayu Kuala Kangsar atau dahulunya Maktab Melayu Kuala Kangsar. Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) adalah sekolah berasrama penuh yang pertama di Malaysia. Ditubuhkan pada 2hb Januari 1905, ia pada asalnya dikenali sebagai Sekolah Berasrama Melayu Kuala Kangsar.  

Ciri-ciri yang paling dikenali bagi sekolah ini ialah bangunan yang dipanggil Big School (dibina pada tahun 1909), sebuah bangunan dengan seni bina pseudo Greco-Roman yang terletak di hadapan padang ragbi. Satu lagi unsur utama sekolah ialah Big Tree, pokok (spesis Samanea saman) yang dikatakan sebaya umurnya dengan sekolah itu sendiri, jika tidak pun ia lebih tua.

Sumber: Laman rasmi MCKK & Wikipedia

4 comments:

gadisBunga said...

pokok hujan2 depan sekolah tu dah jadi trademark utlk sejenis bisnes yang di run oleh seorang ex mckk. cool kan?

Azizan Zolkipli said...

gadisBunga: Wahhh, menariknya... ex-MCKK tu bisnes nursery kah ?

gadisBunga said...

takkk....dia buat biz advertising. RainTree. Penah dgr?

Azizan Zolkipli said...

@gadisBunga: macam pernah tertengok, entah2 billboard yang kat tepi jalan tu kot ? kalau Pakcik tak salah lah ...