* Translation *

23 October 2011

Beca


   

Beca
Dikenali sebagai cycle rickshaw dalam bahasa Inggeris, ia adalah satu cara pengangkutan berskala kecil bagi warga tempatan sesuatu lokasi. Ia turut dipanggil dengan pelbagai nama lain seperti velotaxi, pedicab, bikecab, cyclo, becak, trishaw atau sekadar rickshaw. Beca adalah seratus peratus berkuasa manusia, beroda tiga yang direka bentuk untuk membawa penumpang, sebagai tambahan kepada pemandunya. Ia sering digunakan dengan menggunakan konsep 'sewa dan naik'. Beca digunakan secara meluas di bandar-bandar utama seluruh dunia, tetapi kebanyakannya digunakan di bandar-bandar Selatan, Asia Tenggara dan Asia Timur dunia.

Terdapat sesetengah konfigurasi beca dilengkapi dengan motor elektrik untuk membantu pemandu. Pedicab berkuasa elektrik telah diharamkan di New York City pada Januari 2008. Majlis bandaran (city council) mereka memutuskan untuk membenarkan Pedicab yang hanya digerakkan oleh tenaga manusia. Bandar Toronto, Kanada turut mengambil keputusan untuk tidak mengeluarkan permit kepada Pedicab yang dibantu dengan kuasa elektrik. 

Beca dikenali sebagai cyclo di Cambodia dan Vietnam, cycle rickshaw di India dan Bangladesh; beca, dipermudahkan dari beca roda tiga di Malaysia dan Singapura; becak di Indonesia; padyak atau traysikad di Filipina. Beca dinamakan sebagai saika di Burma, terjemahan dari perkataan bahasa Inggeris 'side car'. Di United Kingdom dan Amerika Syarikat, ianya lebih dikenali sebagai pedicab. Di Buffalo, New York, jenis kenderaan ini digelar bike taxi. Di Mexico pula, ia digelar bicitaxi atau taxi ecologico (dari bahasa Inggeris, 'ecological taxi'). 

Konfigurasi tempat duduk pemandu dan penumpang berbeza mengikut reka bentuk, walaupun tempat duduk penumpang biasanya terletak di atas rentang gandar terpanjang (span of the longest axle). Sebagai contoh, di sebahagian besar Asia Selatan, tempat duduk penumpang terletak di belakang pemandu (beca bentuk segi tiga atau dipanggil 'delta'), manakala di Indonesia dan Vietnam pemandu duduk di belakang tempat duduk penumpang (beca bentuk 'berudu' atau 'tadpole'). Di Filipina, kerusi penumpang biasanya terletak di sebelah pemandu (beca bentuk 'sisi' atau 'side car'). 

Tuan empunya beca biasanya akan memakai atau memasang beberapa jenis alat perlindungan baik untuk diri mereka sendiri mahupun kepada pelanggan-pelanggannya. Ia mungkin berupa sebuah topi yang dipakai di kepala atau sekaki payung yang dipasang khas untuk diri mereka; sistem bumbung 'lipat-teduh' untuk melindungi pelanggannya dari panas matahari atau sekeping plastik jernih besar untuk untuk memastikan mereka kering semasa hujan tropika. 

Di Thailand, sebarang kenderaan beroda tiga digelar sebagai samlor (tulisan Thai: สามล้อ, bermakna 'tiga roda'). Ini termasuklah beca yang membawa penumpang, basikal atau motorsikal yang dikhaskan untuk membawa barangan dagangan dan sebagainya. Pemandu kenderaan beroda tiga itu juga digelarkan sebagai samlor. 

Nota:
Olahan maklumat dari sumber di laman web David Atkinson dan Wikipedia

    1 comment:

    apip.embi said...

    Tranformasi beca dari basikal ke motor dinegara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia & FIlipina buat Apip terkedu bila diajukan kenpa Malaysia masih guna basikal dizaman kini!