* Translation *

02 August 2012

Replika



Replika helikopter dan kapalterbang menghiasi laman sebuah rumah [Klik untuk pembesaran imej]

Mengikut rujukan dari DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka), perkataan 'replika' bermaksud model sesuatu objek, seperti bangunan, jentera, catan dan lain-lain yang hampir sama atau betul-betul menyerupai objek yg asli. Ianya boleh jadi pada saiz asal atau mengalami pengecilan mengikut skala tertentu.

Replika helikopter dan kapalterbang ini ditemui di hadapan sebuah rumah yang terletak di Jalan Kapar ketika kami melakukan kembara berbasikal pada Februari 2012 lalu. Terdapat tiga unit keseluruhannya, dua unit kapal terbang dan seunit helikopter.


Pemandangan ketiga-tiga replika pesawat udara. [Klik untuk pembesaran imej]

Mengikut pembuat replika ini yang mana tidak ingati namanya, terdapat beberapa individu pernah membuat tempahan model kenderaan udara ini dengan beliau. Ianya dijual mulai dari harga serendah RM300 sehingga ke RM1,000 mengikut saiz dan ketelitian binaannya.


Muzammil (kiri) bersama pakcik pembuat replika sedang membicarakan tentang pembuatan replika pesawat udara. [Klik untuk pembesaran imej]

7 comments:

doc said...

sukhoi tak ada?
tu bukan sukhoi kan..?

Jimmy said...

pak cik yg tukang buat tu, dulu cita2 nak jadik pilot agaknya....pepun nampak menarik.

Azizan Zolkipli said...

@doc: rasa, macam MIG29 tu kot kalau tak salah ...

@Jimmy: Mungkin juga ! Kalau dia buat banyak, lagi menarik kan ...

Apip Embi said...

Untuk dilawati ke premis ni.

Azizan Zolkipli said...

@Apip Embi: Ehhh, bukan untuk dilawati secara rasminya. Ini kebetulan tak sengaja terjumpa, dan kebetulan pulak pembuatnya keluar rumah dan ternampak kami bergambar ...

Telor Power said...

pakcik tu mmg kretip

hebat


rasa mcm nak pi je bergambar dgn pakcik tu juga hihihi

Azizan Zolkipli said...

@Telor Power: Jom, jom kita kesana nanti !