[Klik untuk pembesaran imej] |
Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu melalui carian di laman web DBP, perkataan balak bermaksud "batang pokok-pokok besar yang telah dipotong dahan-dahan serta perdunya" ataupun "batang kayu yg besar".
Batang balak yang sebesar hampir tiga pemeluk ini saya temukan di pertengahan jalan antara Ringlet - Pos Betau, Pahang ketika membuat kembara berbasikal solo Cameron Highlands - Kuala Lipis - Gua Musang - Cameron Highlands selama empat hari pada November 2012 lalu.
Kisah di sebalik foto di atas
Ketika melalui satu laluan menurun di jalan C156 yang menghubungkan antara Ringlet dan Sungai Koyan di Raub, penglihatan saya terarah kepada beberapa batang balak besar yang diletakkan di tepi jalan. Saya yang tertarik dengan rupabentuk dan saiznya itu, memberhentikan basikal lalu dengan gigihnya menolak basikal di jalan tanah yang sedikit lecak bagi sesi fotografi. Beberapa minit saya habiskan di situ untuk berfoto dan melihat secara dekat beberapa batang balak di tepi jalan itu.
Puas bergambar, saya bergegas menyimpan kamera dan bersiap untuk menyambung perjalanan. Ketika menolak basikal dari jalan tanah ke jalan raya, terdengar deruan enjin motorsikal berkuasa tinggi. Ohhh, terlupa saya nyatakan yang pada minggu itu merupakan 'Cameron Highlands Bike Week 2012' (CHBW 2012) di mana peminat motorsikal berkuasa tinggi dari seluruh pelusuk semenanjung Malaysia berkonvoi naik ke Cameron Highlands.
Perhatian saya terarah pada sebuah motorsikal berkuasa tinggi yang mengetuai konvoi diikuti oleh beberapa buah motorsikal lain di belakangnya. Tiba-tiba, saya melihat sebuah motorsikal yang sedang dipandu laju terbabas dan memasuki jalan bertentangan ketika cuba memintas rakannya di sebuah selekoh laluan pendakian. Mujurlah tiada sebarang kenderaan yang sedang menuruni jalan tersebut di ketika itu. Penunggangnya kelihatan cuba mengawal, namun permukaan jalan yang berpasir membuatkan beliau terbabas ke jalan tanah lalu masuk ke dua buah lopak di tepi jalan sebelum memasuki semak menghala ke arah saya. Motorsikal dan penunggangnya bergolek beberapa kali, pada arah yang berlainan.
Kejadian itu disaksikan secara langsung dan ini membuatkan saya tergamam seketika. Berikutan itu, saya terus berlari ke arahnya. Lega apabila mendapati beliau tidak mengalami kecederaan luaran kerana memakai sut penuh bermotorsikal (motorcycle racing suit). Syukur juga pada Tuhan kerana saya tidak dilanggar oleh beliau.
Saya menyifatkan, ada hikmahnya saya berfotografi selama beberapa minit di batang balak ini. Jika saya mempercepatkan hentian saya di balak tersebut, pastinya saya akan dilanggar oleh penunggang yang gagal mengawal motorsikalnya itu. Kumpulan bermotorsikal itu berhenti dan memberhentikan rakan-rakan di belakang mereka bagi tujuan memberitahu tentang insiden ini. Mereka kemudian pergi ke seberang jalan bagi melihat keadaan rakan mereka dan motorsikal yang mengalami kemalangan tersebut.
Saya kemudian berlalu pergi meninggalkan mereka, disamping di dalam hati tidak putus-putus mengucapkan kesyukuran pada Yang Maha Esa kerana hampir sahaja terlibat dalam kejadian itu.

Batang balak melekakan lalu menyelamatkan saya dari dilanggar oleh motorsikal ini. Syukur Alhamdulillah ... [Klik untuk pembesaran imej] |