* Translation *

14 January 2013

Masjid Selat Melaka



[Klik untuk pembesaran imej]

Masjid ini terletak di Pulau Melaka, sebuah pulau buatan (tambakan tanah) yang terletak tidak jauh dari Bandar Melaka. Ianya kelihatan seperti sebuah struktur terapung, lebih-lebih lagi ketika air Laut Selat Melaka pasang. Masjid yang menelan belanja kos pembinaan lebih kurang RM 10 juta ini, dirasmikan pembukaannya oleh Yang Dipertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin pada 24hb November 2006.

Ini kali kedua saya singgah di masjid ini untuk bersolat. Jika pada lawatan kali pertama dilakukan pada waktu Zohor, kali saya memilih waktu Maghrib untuk melihat pemandangan matahari terbenam. Bersama-sama saya pada waktu itu, sekumpulan pemuda bersama kamera DSLR dan tripod mereka menunggu waktu dan saat terbaik untuk merakamkan imej pada sudut masing-masing.


Gambar bonus [Klik untuk pembesaran imej]
 

5 comments:

Rapunzeel Cikilolo said...

beskal takkan pernah tinggal eh?

Azizan Zolkipli said...

@Rapunzeel Cikilolo: Dah nama pun pengembara berbasikal, mana boleh tinggalkan 'wajah kesayangan hamba' ni hehehe ...

CiKPuaNLawA said...

kita nak pegi lah...
chumel jaa masjid nihhh...

Azizan Zolkipli said...

@CiKPuaNLawA: Pergilah, pergilah ... Pergi masa pra-maghrib, boleh ambil gambor sunset ( :

coi said...

Pokcik, pokcik pakai pomogang botol air jenis apo tu sampai boleh pasang botol air saiz 1.5 liter.. bokonan den..