* Translation *

07 January 2013

Selamat tahun baru 2013 !



[Klik untuk pembesaran imej]

Salam sejahtera semua. Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2013 kepada semua pengikut dan pembaca Aku Basikal Dan Sesuatu. Terima kasih buat pembaca samada tegar, setia mahupun ON and OFF; tidak lupa juga pada yang rajin memberikan komen, mengkritik, memberikan idea-idea segar, memberikan dorongan dan perangsang, mengspam (hahaha, saya akan mark as spam) dan sebagainya.

Saya sangat menghargai setiap interaksi anda baik di blog ini, Facebook, Twitter mahupun interaksi secara realiti. Mudah-mudahan akan dapat lagi mencari imej-imej menarik untuk dikongsikan dengan semua melalui aktiviti berkembara basikal yang saya jalani ini. Sharing is caring, yeahhh !!!

Akhir kata, moga tahun 2013 yang cemerlang / bagus / baik untuk semua ( :

Nota:
Lokasi gambar ini diambil ialah di jalan Sungai Buloh - Ijok, berhampiran sebuah kuil Hindu tepi jalan yang berliku tidak jauh dari simpang tiga ke Batu Arang (jika datang dari arah Sungai Buloh). Bertarikh 1hb Jan 2013, ketika saya dalam perjalanan pulang dari Kuala Selangor ke Shah Alam. Ianya bersempena Kayuhan Penutup 2012 / Pembuka 2013 bermula pada 30hb Dis 2012 dan berakhir pada 1hb Jan 2013.

Satu pantun yang saya ambil dan diubahsuai, hasil nukilan rakan di laman sosial Facebook, iaitu kak Honey Romenza:

Jaga basikal, macam basikal baru,
Simpan baik-baik belakang pintu,
Tahun baru, azam pun baru,
Solat dulu, jangan biar masa berlalu.


Gambar bonus [Klik untuk pembesaran imej]

4 comments:

CiKPuaNLawA said...

selamat tahun baru pakcik...

lalu kot jalan ijok sungai buloh ke..?..

gambar bawah tu buat freeze magnet cantek kot... hehehee...

Rapunzeel Cikilolo said...

siapekah dengan basikal itu?

selamat tahun baru :)

Azizan Zolkipli said...

@CikPuaNLawA: Terima kasih CPL ! Yup, laluan lazim kamu tu kan ? Adehhh, jangan bikin surprise lagi. Tengok2 kang, dapat lagi satu FM sampai di rumah hahaha ...

Azizan Zolkipli said...

@Rapunzeel Cikilolo: Itulah Aaron Zizan. hew hew hew ... Terima kasih, selamat tahun baru juga !