* Translation *

10 April 2013

Earth Hour 2013

Gambar 1. Bergambar kenangan di Dataran Shah Alam [Semua gambar boleh diklik untuk pembesaran imej]

Pada malam Sabtu bertarikh 23hb Mac 2013 yang lalu bertempat di Dataran Shah Alam, penulis dan individu lain telah bersama-sama memeriahkan sambutan Earth Hour 2013. Bersamaan dengan sambutan ini, satu acara yang dinamakan Kayuhan Malam Sempena Earth Hour telah dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam [MBSA].

Acara yang tidak dikenakan sebarang bayaran ini, cuma memerlukan peserta mendaftar secara dalam talian (online) mahupun pendaftaran sebelum acara berlangsung (walk in). Penyertaan bagi 1000 peserta terawal diberikan sehelai kemeja T sebagai cenderahati. Penulis yang telah mendaftar awal secara dalam talian, kemudiannya diminta ke khemah penganjuran untuk melapor diri dan kemudiannya diberikan sehelai kemeja t berwarna kuning serta sekeping tag bernombor untuk tujuan cabutan bertuah.

Pelbagai golongan tidak kira peringkat usia, kaum dan kerjaya memeriahkan kayuhan malam itu. Mereka juga membawa bermacam-macam jenis basikal, dari seusia basikal antik/klasik/vintaj sehinggalah basikal dengan rekabentuk dan teknologi terkini. Terdapat beberapa orang rakan-rakan grup Darul Ehsan Touring Cyclist (DET-C), kenalan Facebook dan rakan-rakan kayuhan pemastautin Shah Alam yang turut sama menyertai acara.


Gambar 2. Kecilnya nombor ! Mungkin antara orang terawal yang mendaftar ...
 
Gambar 3. Mujur ada bakul, boleh diletakkan nombor tag di situ ( :
 
Gambar 4. Tidak sempat bergambar di papan ini
 
Kayuhan malam itu, diakhiri dengan beberapa persembahan muzikal, pertunjukan senibela diri dan acara cabutan bertuah. Nampak gayanya, nombor 0006 saya tidak bertuah malam itu. Semoga acara ini dapat dilaksanakan lagi pada tahun 2014 pula ...


Gambar 5. Acara Earth Hour turut disambut di Kuala Lumpur. Papantanda ini terletak berhampiran Galeri Kuala Lumpur

Nota:
Penulis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan pada individu yang sudi klik pada ruangan iklan di sebelah tepi artikel ini. Terima kasih ( :

8 comments:

Dr Singa said...

berjaman baru nak update..


:)

CiKPuaNLawA said...

lama nya tak update....!!!

kalau nombo pakcik 60+ InsyaAllah dapat malam tu....
ehhee...!!!

AyueJean AJ said...

bestnya pakcikkk...

Azizan Zolkipli said...

@Dr Singa: Hehehe ... Orang kampung saya pernah berpesan, "better late than never" ( :

@ CiKPuaNLaWa: Alaaa, takmau aaa marah2 camtu. Merajuk 13 jam nanti : p
ok, tahun depan takmau register awal2 lagi naaaa ...

@ AyueJean AJ: seronok ooo ...

Rapunzeel Cikilolo said...

wah...

menariknya....

ni kire ada menang kalah ke event ni?

Telor Power said...

Terbaek....

xnak komen. Tapi nak tanya. mana nak cari barang aksesori basikal yg murah2 ada website dia tak?

Telor Power said...

Taknak komen. Tapi nak tanya apa website utk aksesori brg basikal yg murah2 wak jan.
kalau tahu la...

Azizan Zolkipli said...

@Rapunzeel Cikilolo: Ehhh, ini takde kalah menang sebab semua peserta adalah jagoan atau wira bumi hehehe ...

@Telor Power: Hmmm, biasa kami cari di laman Bicycle Buy & Sell. macam2 ada kat situ, tapi hati2 jangan terpedaya dengan scam yang kadang2 ada di situ ...