* Translation *

16 April 2012

Mah Meri


[ Klik pada gambar untuk pembesaran imej ]

Gambar ini diambil ketika kami bertiga membuat kayuhan dari Teluk Panglima Garang ke Pulau Carey, Selangor pada 28hb Mac 2012 lalu. Kami sempat singgah di Kampung Sungai Bumbun, sebuah penempatan orang asli berketurunan Mah Meri. Terdapat satu lokasi pelancongan  yang telah dibuka secara rasmi pada Julai 2011 dan dirasmikan oleh Dato' Dr. Rais Yatim, menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, iaitu Perkampungan Budaya Kaum Orang Asli Mah Meri.

Kami singgah di situ bagi mendapatkan maklumat, juga bertukar - tukar pandangan mengenai adat dan kebudayaan orang asli suku Mah Meri, dengan seorang petugas di kaunter yang kebetulan adalah seorang anak tempatan.

Kanak - kanak di sini ada yang masih malu - malu dengan kehadiran orang luar, tidak kurang juga ada yang mahu berinteraksi dengan kami. Sewaktu kami bertiga mahu meninggalkan perkarangan Perkampungan Budaya tersebut, beberapa kanak - kanak yang berbasikal seolah mahu mengiringi pemergian kami dengan basikal mereka. Kesempatan ini saya gunakan untuk mengambil gambar spontan mereka ketika berbasikal. Dan hasilnya, seperti dalam gambar di atas ...

Info tentang etnik Mah Meri yang saya ambil dari laman Wikipedia:

Kaum Mah Meri adalah salah satu daripada lapan belas kumpulan yang dinamakan oleh kerajaan Malaysia sebagai "Orang Asli" dan tinggal di Malaysia Barat. Mereka adalah sub kumpulan Senoi. Kebanyakan ahli-ahli kaum Mah Meri hidup di sepanjang pantai selatan Selangor, dari kawasan Sungei Pelek sehingga ke Pulau Carey, walaupun terdapat sekurang-kurangnya satu komuniti Mah Meri di sebelah lain Sungai Klang.

Menurut Jabatan Orang Asli kerajaan Malaysia, jumlah populasi mereka sekitar dua ribu dua ratus orang pada tahun 2005. Perkampungan etnik Mah Meri yang terdapat di negeri Selangor:
  1. Kampung Orang Asli Bukit Bangkong 
  2. Kampung Orang Asli Tanjung Sepat.
  3. Kampung Orang Asli Sungei Kurau, Pulau Carey.
  4.  Kampung Orang Asli Sungei Judah, Pulau Carey.
  5. Kampung Orang Asli Sungei Bumbun, Pulau Carey.
  6. Kampung Orang  Asli Sungai Jugra, Pulau Carey.

16 comments:

SuzieLAWAti said...

hinggat gambo pakcik masa kecik....

macam gambo kat fb tueee...

selamat pagi pakcik ....

Azizan Zolkipli said...

CiKPuaNLawa: Selamat pagi cik puan ! Ini bukan gambar Pakcik, kalau Pakcik masa kecik budaknya kiut lagi hehehe ...

Ren said...

Fuhhhhh ingatkan tu gambo wakjan naik beskal zaman dolu2. Nasib bek wakjan lagi kiut ye? Hehhee. Best kan dapat tengok culture org lain.

Azizan Zolkipli said...

Janggel: Hahaha ... Kalau Wakjan tipu katakan ini gambor kanak2 di Rio de Janerio pun korang pasti percaya, kan ?

Yup, seronok dpt berkongsi pengetahuan dengan etnik tu. Memperluaskan pengalaman dan menambah rasa kecintaan pada negara tersayang, chewahhhhhh ...

Jimmy said...

kampong saya kat JB selatan...dekat second link..banyak gak kaum asli yg dok kat tepi laut...kita orang panggil...orang kuala atau seletar...tak tau sama ada kaum tu mah meri ke tak.

Azizan Zolkipli said...

Jimmy, ooo kamu orang Johor rupanya. Orang Seletar termasuk di bawah grup "Melayu Proto" (Proto Malay), dimana selain Orang Seletar terdapat juga sub-etnik Jakun, Orang Kanaq, Orang Kuala, Semelai dan Temuan.

gadisBunga™ said...

dekat je lokasinya tapi kenapakah saya belum sampai sampai lagi???

Azizan Zolkipli said...

gadisBunga: Itu dinamakan, belum 'sampai seru' untuk ke sana hehehe ... lain kali ajaklah sekali kak Lion (Dr. Singa) gi 'menembak' kat sana ...

Telor Power said...

ini sepupu terapat pada kaum asli seleta la ni, cuma beza sungai dan laut sahaja.

Azizan Zolkipli said...

Telor Power: Ahaaaa, bijak pun kamu ! Sepupu - sepapat, lama tak dengor perkataan tu hehehe ...

Anash said...

hehe..
gambar yang ceria
penuh warna warni
i like..(eh..nih bukan fb lah!)
sorii...musim sengal telah bermula..

Azizan Zolkipli said...

Anash: Hehehe ... Wakjan like to ( :
Sengal sikit2 takpe, janji terkawal : p

Dr Singa said...

sangat teruja!!
sangat teruja!!

nak pergi!!
tenkiuuu bagi tauuuu..

Azizan Zolkipli said...

DrSinga: Kak Lion, sila tengok peta perjalanan pada pautan ini [http://g.co/maps/eae6t]

Zara~AB said...

Always wanted to touring around with bicycle. Same as what u did know. Kena aim lepas nie. Insya allah!

Azizan Zolkipli said...

Zara~AB: Heyyy, thanks for visiting. Hopefully, your dream will fullfilled. For varieties of my touring story, please visit [http://basikaltouring.blogspot.com]