* Translation *

07 August 2012

Seindah sakura



[Klik untuk pembesaran imej]


Ohhh, tajuk entry kali ini macam tajuk drama bersiri jam 7.00 malam setiap petang Isnin hingga Khamis yang pernah saya tonton 'ter'tonton sampai habis pula ye ... Hihihi ...

Imej ini pernah saya muatnaikkan di laman sosial Facebook dan menerima jumlah Like terbanyak iaitu melebihi angka 100. Tidak diketahui, kenapa begitu ramai kenalan Facebook menyukai imej ini. Musykil, musykil ...

Sejujurnya, saya tidak mengetahui nama spesis pokok bunga ini dan cuma memanggilnya sakura sahaja memandangkan apabila berbunga lebat ianya jika dilihat dari jarak jauh seolah-olah pokok sakura yang sangat sinonim dengan negara Jepun. Mungkin cik Gadis Bunga dengan kepandaiannya boleh menolong saya menginfokan namanya ?
 

9 comments:

Dr Singa said...

nak jawab sebelum GB jawab!!


Tabebuia rosea (pink) dan Tabebuia heterophylla (putih).

Dr Singa said...

awak suka fasya sandar ehhhhh....?????

:)

Azizan Zolkipli said...

@doc: Ohhh OK, bagi panel juri periksa dulu ( :
Kalau betul, takde hadiah tau hehehe ...

Jimmy said...

kalau tak silap...melayu panggil bunga terompet...salam ramadhan wak...jgn lupa naik basikal pegi solat lebaran nanti hehehe.

Azizan Zolkipli said...

@Jimmy: Ohhh, depa panggil bunga terompet kah ? Wakjan pun tak tau ... Tapi memang ada rupabentuk trompet pun kan ... Wakjan balik kampung tak bawa basikal lah nanti huhuhu ...

Telor Power said...

yup mmg seindah sakura....

Azizan Zolkipli said...

Ehhh, camna leh terlepas pandang ni huhuhu ...

@doc: Maaf kak, terlepas dari comment moderation pulak. Takdelah, kurang suka 'fasya sandar' tu. kan udah dibilang, tiada duanya kecuali Nee Lho Pha hehehe ...

@ Telor Power:
Kannnnn ... Tak dapat layan sakura, bunga trumpet pun jadilah ...

Dr Singa said...

nee lhor phaa ??


heheheheeee....

Azizan Zolkipli said...

@doc: Nee Lho Pha tu, kan nama basikal saya hehehe ...