* Translation *

03 December 2012

Merpati



[Klik untuk pembesaran imej]

Merpati
Nama sejenis burung; burung dara, nama saintifiknya Columba domestica. [Rujukan: DBP]

Entah mengapa burung merpati (khasnya yang berwarna putih), seringkali dijadikan simbol yang melambangkan keamanan sejagat. Walaubagaimanapun, peribahasa “jinak-jinak merpati” bermaksud “kelihatan mudah didekati tetapi tidak mudah dipikat” agak berlawanan sifat dengan perlambangan merpati yang dianggap simbol keamanan itu.

Bagi pengusaha kedai makan, warung atau restoran; memberi makan kepada burung merpati berhampiran premis perniagaan dianggap sebagai harapan untuk menambah keberkatan dalam aktiviti urusniaga harian mereka.

Puisi Melayu:
Merpati telurnya hijau,
Pecah sebiji di dalam cawan;
Abang pergi ke langit hijau,
Adik menanti di kaki awan.

Info gambar:
Ratusan burung merpati menikmati makanan yang diletakkan oleh wakil peniaga di premis berhampiran. Gambar diambil ketika saya bersiar-siar di laluan tebing Sungai Melaka ketika kembara berbasikal secara solo pada Jun 2012 lalu.

* Penghargaan tidak terhingga pada individu yang sudi klik pada iklan dalam laman ini ( :

6 comments:

CiKPuaNLawA said...

kalau saya jadi merpati tu...
saya tenggek atas beskal pakcik..
lepas tu saya bagi se das... lepas tu lenyek2 kat seat pakcik...
ahahaaaaa.....

gadisBunga™ said...

saya dengan merpati lebih kurang sama.

ada orang penah kata laaa...mueheheh~

Azizan Zolkipli said...

@CiKPuaNLawA: Euwww, jahatnya merpati tu ! Lastik kang baru tau hehehe ...

@gadisBunga: Alahaiii, susahlah ini macam. Tapi takpe, merpati lagi senang jumpa berbanding burung rajawali ( :

Rapunzeel Cikilolo said...

follow sini tengok merpati :)

Martika Diyana said...

wahhhh mmg suke bagi merpati makan.

jinak-jinak burung merpati,
terbang lari kalau mendekat,
hati senang wajah berseri,
tengok basikal pakcik hati terpikat.. huhuhuhu :P

Azizan Zolkipli said...

@Rapunzeel Cikilolo: Terima kasih atas kunjungan ...

@Martika Diyana: Wahhh, siap ada pantun lagi ! Terharunya Pakcik baca. So sweet ...