* Translation *

06 February 2012

Biawak


[klik untuk pembesaran imej]
Biawak 
Sejenis binatang yang menyerupai buaya (tetapi lebih kecil) ATAU nama sejenis binatang yang menyerupai cicak tetapi jauh lebih besar dan ada yg suka memakan ayam, Varanus spp.

Puisi Melayu
Habis bayam disusur babi,
     Banyak mati terkena damak;
Ayam jangan bebaskan diri,
     Biawak tunggu di tepi semak. 

Peribahasa Melayu 
 Bagai biawak mengulangi bangkai. 

Bermaksud:
Lelaki yang suka pergi ke tempat perempuan jahat.
(Peribahasa lain yang sama makna: Seperti anjing mengulangi bangkai).


Sumber: DBP 

4 comments:

gadisBunga said...

ada org cakap rasa biawak sama macam rasa ayam. ekekekek!!!!

acid mustafa said...

Adakah biawak, tokak dan gecko dari keluarga yang sama?

Ady Minhad said...

ada lagi...
Bagai mendukung biawak hidup hehehhe

Azizan Zolkipli said...

gadisBunga: rasa biawak macam rasa ayam ? wahhh, sedapnya ! camtu boleh lah dibuat gulai hehehe ...

acid mustafa: jika dilihat dari segi kehenseman semuanya, rasanya satu semua dari satu keluarga kot. ooppsss pembetulan, bukan tokak tapi tokek ... tokak tu orang utara panggil gigit, atau kekoh bahasa pantai timurnya ...

Ady Minhad: ahaaa, satu peribahasa yang encik Karam suka guna tu ehehehe ...