[klik untuk pembesaran imej] |
Keris
Sejenis senjata bersarung, berhujung tajam dan bermata dua. Bilahnya ada yang lurus atau berkelok-kelok. Keris ialah sejenis senjata pendek Austronesia yang digunakan sejak melebihi 600 tahun dahulu. Senjata ini memang unik di dunia Melayu dan boleh didapati di kawasan berpenduduk Melayu seperti Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand Selatan, Filipina Selatan (Mindanao) dan Brunei.
Nama yang digunakan untuk keris berbeza mengikut daerah misalnya Sundang di Mindanao, Kedutan di Bali dan Kareh di Sumatera. Perkataan keris dikatakan berasal dari bahasa Jawa Kuno iaitu malang kerik yang bermaksud bercekak pinggang. Ini merujuk kepada figura orang bercekak pinggang pada hulu keris pada peringkat awal.
Keris digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu bersilat) dan sebagai alat kebesaran diraja. Senjata ini juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu. Keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang terkenal.
Keris digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu bersilat) dan sebagai alat kebesaran diraja. Senjata ini juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu. Keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang terkenal.
Keris berasal dari Kepulauan Jawa dan keris purba telah digunakan antara abad ke-9 dan abad ke-14. Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu mata, hulu dan sarung. Keris sering dikaitkan dengan kuasa mistik oleh orang Melayu pada zaman dahulu. Antara lain, terdapat kepercayaan bahawa keris mempunyai semangatnya yang tersendiri.
Keris menurut amalan Melayu tradisional perlu dijaga dengan cara diperasapkan pada masa-masa tertentu, malam Jumaat misalnya. Ada juga amalan mengasamlimaukan keris sebagai cara untuk menjaga logam keris dan juga untuk menambah bisanya.
Keris menurut amalan Melayu tradisional perlu dijaga dengan cara diperasapkan pada masa-masa tertentu, malam Jumaat misalnya. Ada juga amalan mengasamlimaukan keris sebagai cara untuk menjaga logam keris dan juga untuk menambah bisanya.
Secara umumnya, keris boleh dikategorikan kepada keris Semenanjung, keris Bugis, keris Jawa, keris Sumatera, keris Madura, keris Patani, keris Bali, keris Sajen dan keris Picit.
Kris (or keris)
The kris or keris is an asymmetrical dagger or sword most strongly associated with the culture of Indonesia, but also indigenous to Malaysia, Southern Thailand and Brunei. It is known as kalis in the southern Philippines. The kris is famous for its distinctive wavy blade (luk), but many have straight blades as well. The numbers of luks is always odd numbered, ranged from three to thirteen waves, however there is also luks that reach 29.
Kris can be divided into three parts: bilah (blade), hulu (hilt), and warangka (sheath). These parts of kris are objects of art, often carved in meticulous detail and made from various materials; metal, precious or rare types of wood, or gold or ivory. A kris's aesthetic value covers the dhapur (the form and design of the blade, with around 150 variants), the pamor (the pattern of metal alloy decoration on the blade, with around 60 variants), and tangguh referring to the age and origin of a kris.
Both a weapon and spiritual object, krises are often considered to have an essence or presence, considered to possess magical powers, with some blades possessing good luck and others possessing bad. Krises are used for display, as talismans with magical powers, weapons, a sanctified heirloom (pusaka), auxiliary equipment for court soldiers, an accessory for ceremonial dress, an indicator of social status, a symbol of heroism, etc.
Legendary krises that possess supernatural power and extraordinary ability were mentioned in traditional folktales, such as the krises of Mpu Gandring, Taming Sari, and Setan Kober. In 2005, UNESCO gave the title Masterpiece of the Oral and Intangible Heritage of Humanity to the kris of Indonesia. In return, UNESCO urged Indonesia to preserve their heritage.
Puisi Melayu
Keris kecil menikam ular,
Keris besar menikam singa;
Dari kecil tak hendak belajar,
Sudah besar tertanya-tanya.
Peribahasa Melayu
Keris pedang tiada tajam, lebih tajam mulut manusia.
Bermaksud: Kata-kata lebih tajam daripada senjata.
Sumber: DBP, Wikipedia Bahasa Melayu, Wikipedia English & Artikata.com
No comments:
Post a Comment