* Translation *

09 June 2012

Anak Anak Sidek


[Klik untuk pembesaran imej]

Saya pasti, hampir pasti; ramai yang masih mengingati komik bersiri berjudul Anak - Anak Sidek yang kemudiannya dijadikan siri animasi kartun. Ia merupakan biografi keluarga pemain badminton negara, Dato' Haji Sidek Bin Haji Abdullah Kamar (Allahyarham) dalam membesar dan mendidik anak-anaknya.

Gambar di atas diambil di Tugu Peringatan Keluarga Haji Sidek, berlatarbelakangkan rumahnya. Terletak di Kampung Kanchong Darat, Banting, Selangor; ia dibina bagi mengabadikan kejayaan anak-anaknya di arena badminton.

Mereka ialah Misbun, (nama singkatan: Bun), Razif (Ajib), Jalani (Alan), Abd. Rahman (Aman), Abd. Rashid (Adul) dan Jamaliah. 

Ohh ya, gambar di atas memang bukan Anak - Anak Sidek, mahupun cucu - cucunya. Kanak - kanak tersebut merupakan anak - anak kepada jiran Allahyarham Haji Sidek. Ketika saya bertanyakan kepada seorang kanak - kanak paling tua dalam kumpulan itu tentang siapakah yang menghuni rumah itu buat mana ini. Jawab beliau, "sekarang rumah tu kak Rozita yang duduk ...".


[Klik untuk pembesaran imej]

Papantanda biru, membuktikan segalanya ... Dah nampak uzur papantanda kecil biru itu, andainya hendak ditukar ganti yang baru nanti saya berhasrat untuk menyimpannya ( :


[Gambar bonus: Klik untuk pembesaran imej]


Bonus info:
Jalan masuk ke lokasi tugu ini terletak di koordinat GPS N 2.798416, E 101.491804. Sila rujuk peta buatan saya sendiri di pautan http://goo.gl/maps/t6n3 untuk mengetahui tempat - tempat menarik sekitar Banting. Lokasi tugu ini ditandakan sebagai 'Rumah Dato' Haji Sidek'.

14 comments:

DrSinga said...

okehhhh....
dah masuk check list bila saya ke Banting nanti
:)

CiKPuaNLawA said...

mana model yang suka duduk sambil peluk lutut dan tersengeh ....

Telor Power said...

ohsem.....3 tahun lepas hanya mampu lalu di situ. bergambar pun tak sempat

Izz Umran said...

tengok bebudak yang kat tepi tugu tu pun dah nostalgik dah...

Joe Radzif said...

Tengok bebudak kecik yang dalam gambar tepi tugu tu pun dah nostalgik dah...

DrSinga said...

saya jumpa!!!!!!!!!!

nanti saya cerita!!
tenkiu aWak!!!!!!

Azizan Zolkipli said...

@DrSinga: Wahhh, 9 Jun masuk checklist, 12 Jun pulak udah jumpa! Memang ekspress sungguh lah Kak Lion kita ni ...

Azizan Zolkipli said...

@Telor Power: Takpe, tempat tu tak lari ... Nanti bila2 boleh datang kan ...

Azizan Zolkipli said...

@Izz Umran: Terima kasih kerana melawat blog saya ! Saya pun seolah melihat kanak2 tepi tugu tersebut seolah Anak Anak Sidek ketika kecil bermain2 depan rumah ...

CiKPuaNLawA said...

pakcik ri tu kite komen ...camni ni komen nya...

"mana model yang suka pelok lutut tu"

x ade ye komen itu...

ke pakcik sabotaj saya...huwaaaa..

Azizan Zolkipli said...

@CiKPuaNLawA: Adoyaiiii, mana mungkin Pakcik sabotaj komen kamu tu CPL ... tapi kalau terdelete, itu mungkinlah kot ...

Maafkan Pakcik atas ketidaksengajaan tu huhuhu ...

Adiebah Khailani said...

kami Kelab Badminton USIM bakal adakan lawatan ke sini.harap dapat byk info :)

Azizan Zolkipli said...

@Adiebah Khailani: Terima kasih kerana sudi melawat laman ini. Tiada info lanjut dapat saya berikan selain dari peta lokasi di peta Google yang saya tandakan. Sila rujuk semula artikel saya, terima kasih ( :

ezuddin said...

Kelmarin, saya lalu kawasan tu secara tak sengaja. Cantek.