* Translation *

04 June 2012

Tajam


[Klik untuk pembesaran imej]

Gambar menunjukkan bahagian chainring tengah pada crankset basikal saya yang telah tajam dan perlu diganti. Apabila ia menjadi tajam, ini boleh mengakibatkan rantai slip apabila basikal dikayuh. Saya yang tidak menyedari perkara ini, terus menukar rantai dengan harapan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Rupa - rupanya, rugi RM30 saya tanpa masalah itu selesai. Penyelesaian sementara, hanya boleh berkayuh menggunakan gear paling tinggi laju dan paling kura - kura perlahan sahajalah huhuhu ...

Nota sangat teknikal:
Crankset (di Amerika Syarikat) atau chainset (di UK), adalah komponen pemacu (drivetrain) yang menukarkan gerakan kaki pengayuh basikal ke dalam gerakan putaran yang digunakan untuk memacu rantai (chain), yang seterusnya memusingkan roda belakang. Ia terdiri daripada satu atau lebih gegancu (sprocket), juga dikenali sebagai chainring atau chainwheel, disambungkan kepada engkol (crank), lengan (arm) atau lengan engkol (crank arm) di mana pemijak kaki (pedal) disambungkan.

Ia dihubungkan kepada pengayuh basikal oleh pemijak kaki (pedal), rangka basikal (bicycle frame) oleh pendakap bawah (bottom bracket atau BB), gegancu belakang (rear sprocket), cassette atau freewheel melalui rantai (chain).

Ahaaa, teknikal tak, teknikal tak ? Jenuh nak terjemah istilah - istilah teknikal ni. Fuhhh fuhhh ...

Tajam
Bersinonim dengan perkataan runcing, lancip, cerucup dan tuding [Sumber: DBP


Peribahasa Melayu
Tajam pisau kerana diasah

Maksud:
Jadi pintar (berani) kerana selalu diasah (diasuh)

6 comments:

Telor Power said...

berapa lama berkayuh nak jadikan sampai tajam begini.

Azizan Zolkipli said...

@Telor Power: Pada tangan saya, basikal ni dah nak capai milleage angka 12 ribu km. Tak tahu pula pada pemilik sebelumnya ...

Berapa lama tak ingat, lebih 3 tahun rasanya ...

gadisBunga™ said...

yg bab teknikal tu mmg saya tak paham langsung lah. heheh~

Azizan Zolkipli said...

@gadisBunga: Hehehe, dah agak dah pun ... Kalau "kejuruteraan bunga-bungaan", Pakcik mesti tak boleh lawan kamu kan ...

Dr Singa said...

gambar deja vu..
pernah ku lihat... di mana yaaaa...

:)
saya panggil spoket

Azizan Zolkipli said...

@DrSinga: Hah, cuba kak Lion ingat kat mana pernah lihat gambar ni ?

Boleh jugalah kalau nak panggil spoket (sprocket) pun, cuma kurang tepat aje kalau ikut istilah berbasikal ...