* Translation *

25 June 2012

Kota Darul Ehsan


[Klik untuk pembesaran imej]

Bermula pada 12hb Jun 2012 lalu, saya telah 'berbasikal - ke - tempat - kerja' (cycling - to - work), sesuatu yang telah menjadi perkara lumrah di negara - negara barat tetapi tidak di Malaysia. Dari jumlah sembilan hari bekerja sampingan (part time), lapan hari telah berjaya dilakukan dengan menaiki basikal yang mana ianya berjumlah jarak 322.66 kilometer dan mengambil masa selama 16 jam 18 minit.

Kota Darul Ehsan menjadi satu tanda aras kepada saya iaitu jika tiba di situ pada jam 1040 pagi, maka saya akan sampai tepat pada jam 1100 pagi di tempat kerja. Lagi cepat saya tiba di gerbang ini, maka saya memperolehi lebih banyak waktu rehat sebelum memulakan tugasan harian.

Menurut Wikipedia, gerbang Kota Darul Ehsan ialah sebuah mercu tanda yang melambangkan sempadan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, didirikan di atas Lebuhraya Persekutuan.

Pembinaan kota tersebut telah bermula pada 1 Februari 1974 apabila Kuala Lumpur telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan. Sultan Selangor yang ketika itu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah bercadang untuk membina sebuah pintu gerbang sebagai mengenang jasa pengorbanan baginda antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor. Kota ini telah dibuka secara rasmi pada tahun 1981. 

Reka bentuk gerbang ini menggabungkan pengaruh seni bina gaya Moor. Ini boleh dilihat di kubah di dalam gerbang. Kota Darul Ehsan juga menonjolkan dua laras meriam di setiap muka gerbang. Satu lagi fakta yang kita mungkin terlepas pandang, ianya merupakan gerbang terbesar di Malaysia !

Maklumat gambar:
Gerbang Kota Darul Ehsan Melalui Lebuhraya Persekutuan, seperti dilihat di bahagian Selangor dari 'laluan sikal'.


Azizan Zolkipli.
Shah Alam, Selangor.
5:31 AM, Sabtu, 23hb Jun 2012.
Nota: Artikel ini dimuatnaik secara 'Auto - Update' 

8 comments:

abu muaz said...

Salam kenal.
Tahniah kerana berbasikal ketempat kerja.

Saya juga hari-hari berbasikal sejauh 20km,

SuzieLAWAti said...

kalo di cat semula cantek kan...

nak pegi hamek gambo jugak la kat sini....

gadisBunga™ said...

menjeleskan pemandu kereta lah gambo ni! eheheh~

Telor Power said...

di area manjung -sitiawan juga ramai yang berbasikal dari rumah - tmpt kerja - rumah.

perkara yg bagus sebenarnya, membantu menggurangkan sedikit pencemaran udara

Azizan Zolkipli said...

@abu muaz: Salam kenal ! Tahniah pada saudara juga kerana hari2 berbasikal ( :

@gadisBunga: Hehehe, tak baik2 jeles2 tau ...

@Telor Power: wahhh, tak sangka rakan2 basikalis di luar lembah Kelang juga berbasikal ke tempat kerja ...

Telor Power said...

wakjan: mungkin sebab sini ramai navy yg kayuh. jadi mereka ada kawan yg ikut berkayuh kot...

teringin juga nak miliki beskal mcm dorang tapi mahal sgt la..kalau wakjan buat beskal wakjan tu GA pun ok gak kan. hahahahaha....

(jangan pengsan suda....)

Azizan Zolkipli said...

@Telor Power: Ohhh, navy pun ramai yang berkayuh rupanya ? That's great !!

Beli beskal yang murah cukup, janji kayuh lah bro ... Kamu beli mahal2, bukan dapat jadi wakil Malaysia pun kan hihihi ...

Azizan Zolkipli said...

@CiKPuaNLawA: Maaf, Pakcik terlepas pandang komen kamu daaa ...

Kalau dicat semula, cadang2nya nak kaler apa ? Pepel ke pink kental ? Ahakssss ...