Kereta perisai GMC 15 CWT |
Kereta perisai ini diletakkan di hadapan pintu masuk ke Muzium Tapak (Insitu Museum) atau Rumah Pasung (Balai Polis Lama) Jugra, Kuala Langat. Ianya telah dilawati oleh kami bertiga sewaktu kayuhan sempena cuti Hari Pekerja 1hb Mei 2012 lalu. Ohh ya, slogan hari pekerja bagi tahun ini ialah "Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi".
Rujuk sini dan sini untuk maklumat mengenai lokasi bersejarah ini serta sini bagi mengetahui tentang acara perasmiannya.
Nota:
Untuk maklumat mengenai lokasi beberapa tempat menarik sekitar daerah Kuala Langat, rujuk pada peta Google yang saya buat khas di sini.
Kereta perisai (armoured car)
Kenderaan bersenjata dan berperisai, terutamanya digunakan untuk peninjauan
[Maksud terjemahan dari TheFreeDictionary.com]
6 comments:
AKU LEBIH GEMAR PANGGIL IA KERETA TANK.
boleh masuk tak dalam kete kebal tu?
saya telah klik setiap link.
tenkiu.
saya dah sampai ke Rumah Api,tak sampai lagi ke Muziun itu..
Makam juga sudah.
boleh pergi ni....
@Telor Power: "Kereta tank" ? Itu mesti pengaruh dari zaman kecik2 kamu dulu kan hahaha ...
@gadisBunga: Boleh aje. Ianya percuma ! Tapi agak berat dan ketat sikit hendak dibuka pintunya, almaklumlah kereta antik hehehe ...
@DrSinga: Harap kak Lion dapat info dari link2 yang saya tepekkan di situ. Senang aje nak ke Muzium In Situ tu, dari simpang tiga nak ke rumah api Bukit Jugra tu, akak pergi terus dan akan menjumpai muzium tu disebelah kanan. ada kereta perisai ni di luar muzium ...
asek2 parking gerek tu di tempat yg salah....
nak kana saman nih...
"sila alihkan basikal anda.."
weee woo...wee woo..wee woo...
hehehe
CiKPuaNLawA: euuwwww, jeles lah tu ... takde tulis pun 'dilarang meletak beskal' kat situ : p
Post a Comment