* Translation *

14 May 2012

Pindah


[Klik untuk pembesaran imej]


Sewaktu geng KayuhBeb Cycling Club beroffroad di Hash Masjid Tanah pada 8hb April 2012 lalu, saya mengambil keputusan untuk berkayuh solo dari Masjid Tanah ke mana-mana lokasi. Lokasi yang mula-mula dirancang ialah ke kawasan perkampungan tepi pantai di jalan menghala Kuala Linggi. Tetapi laluan ini telah biasa dilalui, membuatkan saya menukar fikiran.

Dengan GPS yang dibawa, saya mengambil keputusan untuk ke bahagian timur dan tenggara Masjid Tanah. Dari sasaran awal cuma untuk ke Alor Gajah, ianya kemudian bertukar kepada Durian Tunggal dan sekali lagi bertukar ke Hutan Rekreasi Ayer Keroh. Jalan yang dilalui, kebanyakannya adalah laluan merebut "jersi raja bukit" atau senang cerita, laluan berbukit !

Saya menemukan papantanda kawasan ini di laluan jalan negeri M17, iaitu Jalan Alor Gajah Lama ketika berkayuh dari Alor Gajah menuju ke Durian Tunggal. Kenapakah kawasan ini dinamakan sedemikian ? Apakah sejarah disebalik nama ini ? Oopppsss, jangan ditanya semua soalan berkaitan ini, tanyalah pada warga Melaka. Soalan saya cuma satu sahaja, "korang pindah ke mana ekk ?" ...

Pindah (transfer)
- Bertukar tempat (kediaman, kerja, dan lain lain. [Rujukan: DBP]
- Move (someone or something) from one place to another [Rujukan: Google]

Peribahasa Melayu:
"Orang pindah-pindahan, bertanam tak boleh dimakan ..."
Bermaksud: Pekerjaan yang tidak tetap, selalu mendatangkan kerugian 

Bonus:
- Ada bacaan menarik di sini.
- Peta perjalanan saya boleh dirujuki di sini.

9 comments:

SuzieLAWAti said...

Melaka pindah mana ..pakcik..?..

Azizan Zolkipli said...

CiKPuaNLawA: Entahlah ... ce tanye ce tanye orang Melaka ( :

gadisBunga™ said...

pindah dinamakannya.... :D

Azizan Zolkipli said...

gadisBunga: iye ...

Telor Power said...

menarik cuba bro selidik dan kupaskan isu ini....cewah

Azizan Zolkipli said...

Telor Power: Aduiii ... kena jadi ahli penyelidik lah kalau camtu ...

Telor Power said...

yes begitu lah hehehehe

Dr Singa said...

saya dah gugel..
tak ada lah jumpa asal usul nama uni..
:(

Azizan Zolkipli said...

DrSinga: Hmmm, itulah sejarah lama hilang begitu sahaja ... Ada klik di laman saya tak yang berikan dalil2 mengenai kewujudan tempat di Melaka Pindah pada zaman Portugis dahulu ?