* Translation *

28 May 2012

Beg 'Pannier'


[Klik untuk pembesaran imej]

Ketika melalui Lorong Haji Mughni dalam kawasan Kampung Jalan Kebun pada 12hb Mei 2012 lalu, saya dan seorang rakan kayuhan telah terserempak dengan seorang lelaki pertengahan usia sedang mengutip barang-barang lusuh. Menariknya, ia menggunakan basikal yang dipasang dengan dua beg khas besar buatan sendiri di tepi bahagian belakang kiri dan kanan basikalnya.

Apabila nampak sahaja ia melepasi kami selepas mengutip beberapa barangan, saya terus berhenti untuk mengeluarkan kamera bagi diberikan kepada Adnan dengan harapan dapat mengambil gambar menarik. Beliau sempat mengambil dua shot kami berdua dari arah belakang, walaupun dalam serba kepayahan untuk mengambil gambar sewaktu berkayuh. 

Ketika berada di sisi lelaki tersebut, saya ternampak sebuah rekoder yang masih berkeadaan baik (sejenis alat seperti seruling yang diperbuat dari plastik) diletakkan di handlebar nya. Spontan saya bercakap kepada beliau ketika beriringan di sebelah.

"Wahhh, rekoder pun ada ..." 
Kata beliau, "Nah, nak ke ?" 
"Takpe, takpe," balas saya pula ...

Di penghujung Lorong Haji Mughni tersebut, kami mengambil arah berlainan. Kami ke kanan manakala beliau ke kiri. Dan harapan saya untuk mengambil beberapa shot lagi turut berkecai di persimpangan T Lorong Haji Mughni - Jalan Lombong itu ...

Nota kaki:
Sesiapa yang pandai, bolehlah meneka kapasiti beg di kiri dan kanan yang besar tu, berapa liter ?
Tips: Jika dimasukkan dapur gas dua tungku, boleh tenggelam hingga tiga suku panjang dapur tersebut ( :

Beg Pannier 
Keranjang beban / bakul, beg, kotak, atau bekas yang serupa, dibawa secara berpasangan sama ada yang tersangkut pada belakang seekor binatang pembawa beban, atau yang dilampirkan kepada sisi basikal atau motosikal. Istilah pannier ini berasal dari bahasa Perancis Lama, juga dari bahasa Latin klasik, perkataan yang bermaksud 'bakul roti'. [Sumber: Wikipedia]

Sebuah bakul atau pek (pack), biasanya sepasang, yang diletakkan pada rak (rack) basikal dan tergantung di atas sebelah salah satu roda. [Sumber: TheFreeDictionary.com]

7 comments:

SuzieLAWAti said...

sama laaaa.... heheh...

Azizan Zolkipli said...

CiKPuaNLawA: Sama, tapi tak serupa lah ... Dia punya, besor bagak hehehe ....

Telor Power said...

sempoi...ramah giler.

Dr Singa said...

daya imbang encik Adnan mesti power kann..?!

Azizan Zolkipli said...

@Telor Power: Bila Wakjan di atas pelana berbasikal, automatik watak jadi lain hehehehe ...

@DrSinga: Ohhh yeahhh, encik Adnan lah "bomba idola" saya yang sungguh gagah perkasa ( :

Telor Power said...

bagus tu bro...

aku paling minah sembang dgn org ramah2 tak kiralah sembang apa pun, kecuali bab POLITIK

Azizan Zolkipli said...

@Telor Power: Wakjan nak bersembang pasal politik pun, kurang arif pasal tu. Jika pasal aktiviti berbasikal ni, haaaa memang topik perbincangan utama lah hehehe ...